Perlukan idea warna untuk rona dinding rumah? EH! senaraikan warna untuk dinding rumah yang mampu berikan ketenangan.
Gambar: INGimage
Percaya atau tidak, pemilihan warna dinding di rumah anda banyak mempengaruhi mood anda. Menurut kajian yang dilakukan oleh Minnesota State University, warna merah boleh menambahkan tekanan kepada penghuninya. Kepada anda baru bercadang untuk mengecat rumah anda, mari semak warna-warna di bawah ini yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan kepada anda.