Gambar : Instagram Zahirah MacWilson
Sebelum ini kecoh di laman media sosial tentang pernikahan actor Zainol MacWilson bersama seorang wanita secara tertutup. Pada mulanya, Zainol menafikannya, namun tidak lama kemudian dia sendiri tampil memberi penjelasan dan mengakui akan berita pernikahannya itu.
Dikatakan yang ahli keluarganya termasuklah anaknya Zahirah MacWilson sendiri tidak mengetahui akan perkahwinan bapanya itu. Zahirah sendiri mengaku terkejut akan berita pernikahan kali kedua bapanya itu.
“Saya dapat rasakan memang papa sudah ada teman wanita pada mulanya, tetapi dia tidak pernah mengaku bila ditanya. Bila kami dapat tahu dia berkahwin, memang dalam keadaan terkejut sebab dia tidak pernah berkongsi apa-apa. Dalam waktu ini saya lebih banyak bersama ibu, melihat apa yang sedang dilaluinya kini tidak mahu saya biarkan dia keseorangan. Biar dia tahu, yang kami adik beradik masih bersamanya,” kata Zahirah kepada Utusan Malaysia.
Tambahnya lagi, “Ibu saya okey, sebab kami adik beradik sentiasa bersama dia. Malah dia juga selesa dengan kehidupannya kini. Saya lihat dia masih muda, jika suatu hari nanti hatinya terbuka untuk menerima orang lain, kami tidak akan menghalang.”
Meskipun begitu, Zahirah redha akan ketentuan dan atas apa yang telah terjadi. Dalam pada masa yang sama, menerusi Harian Metro, Zahirah mendoakan kebahagiaan bapanya.
https://www.instagram.com/p/BHyJIuzhzCv/?taken-by=zahirahmacwilson&hl=en