Zul Ariffin dan Zahirah McWilson yang dikatakan menjadlin hubungan istimewa sejak tahun lalu kini dikhabarkan sudah membawa haluan amsing-masing.
Gambar : Instagram Zahirah & Zul Ariffin
Menurut laporan dari portal Utusan.my, pasangan selebriti ini sudah pun memutuskan hubungan cinta mereka. Sumber yang memaklumkan kepada pihak portal itu menyatakan yang perpisahan mereka sebenarnya berpunca dari orang ketiga.
Zul dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan seorang pelakon wanita bertudung berasal dari Singapura. Namun, berita tersebut masih lagi tidak mendapat kepastian sebenar.
Apa yang mengejutkan lagi, menurut laporan itu, Zul dikatakan sudah lama menjalin hubungan bersama pelakon wanita tersebut walaupun dia Zul masih berhubungan dengan bekas kekasihnya Gayatri Su-Lin Pillai tetapi kedua-dua pelakon ini menafikannya.
Dengan disebabkan perkara ini, Zahirah yang mengetahuinya terus mengambil keputusan untuk berundur diri. Khabar angin ini dikatakan masih baru dan kedua-dua selebriti popular ini masih lagi belum membuat kenyataan sebenar.