Pelari pecut Olimpik dan Paralimpik, Oscar Pistorius baru-baru ini telah didakwa dengan tuduhan membunuh teman wanitanya sendiri, Reeva Steenkamp pada awal pagi hari kekasih. Steenkamp yang juga merupakan seorang model telah ditembak sebanyak empat kali di rumah Pistorius dan telah mati di tempat kejadian.
Gambar: TPGNEWS
Menurut laporan City Press, Pistorius menelefon bapanya pada hari Khamis jam 3.20pagi dan menyuruh keluarganya datang ke rumah. Setelah keluarga Pistorius tiba di kediamannya, mereka melihat Pistorius mengangkat Steenkamp yang sudah tidak sedarkan diri. Menurut laporan itu lagi, Steenkamp masih bernafas pada ketika itu dan Pistorius cuba untuk menyedarkannya. Setelah paramedik tiba di kediamannya, mereka mengesahkan Steenkamp telah pun meninggal dunia.
BERGAYA RINGKAS SEPERTI MODEL >>
Ada yang melaporkan bahawa Pistorius tidak berniat untuk membunuh Steenkamp. Dengan kadar jenayah yang tinggi di Afrika Selatan, Pistorius menyangka rumahnya dimasuki orang dan bersedia dengan pistolnya tetapi rupa-rupanya orang yang dijangkakan pencuri itu adalah teman wanitanya sendiri.
UP CLOSE DENGAN CARA DELEVIGNE >>
Namun setelah siasatan lanjut dijalankan, banyak bahan bukti yang membuatkan pertuduhan menjadi semakin kuat. Mesej di dalam iPad daripada seorang pemain ragbi kepada Steenkamp dikatakan menjadi motif pembunuhan. Jiran turut mendengar pertelagahan mereka pada waktu petang sehari sebelum kejadian. Steroid terlarang dijumpai di kediaman Pistorius dan dia dipercayai berada di bawah pengaruh steroid tersebut ketika melakukan pembunuhan itu. Manakala sarung pistol dijumpai di meja sebelah katil Pistorius. Kayu besbol yang mempunyai kesan darah turut dijumpai di rumahnya serta banyak bukti menunjukkan yang Pistorius merupakan seorang peminum tegar alkohol.
STYLES TIDAK BERKHATAN PUNCA SWIFT PUTUSKAN HUBUNGAN? >>
Siapa Oscar Pistorius?
Oscar Pistorius dilahirkan dengan fibular hemimelia di kedua-dua belah kaki yang membuatkan kedua-dua belah kakinya dipotong di antara lutut dan buku lalinya. Walaupun dilahirkan cacat, Pistorius sememangnya aktif bersukan dan mula bermain ragbi, tenis dan polo air sejak dari sekolah lagi. Mula menyertai Sukan Paralimpik Musim Panas pada tahun 2004, kepantasan Pistorius membuatkannya digelar ‘The Fastest Man on No Legs’ serta ‘The Blade Runner’. Pada tahun 2012, dia tersenarai untuk bertanding di dalam Sukan Olimpik di London dan merupakan orang yang pertama bertanding di dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik pada tahun tersebut.