Tampil cantik sambil membantu golongan wanita yang benar-benar memerlukan! Itulah objektif terbaru Dermalogica menerusi produk ‘Hero’ yang bukan sahaja menawarkan langkah kecantikan wajah tetapi juga memperkasakan usahawan wanita dengan menyalurkan sebahagian dana hasil pembelian anda!
Produk ‘Hero’ yang terdiri daripada Dermalogica Daily Microfoliant, Dermalogica PreCleanse, Dermalogica Skin Hydrating Booster, Dermalogica Total Eye Care dan Dermalogica Intensive Eye Repair diperkenalkan bertujuan menawarkan pinjaman mikro kepada seramai lebih 25,000 orang wanita untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Pinjaman ini disalurkan menerusi penyaluran sebahagian jumlah pembelian pelanggan kepada FITE atau Financial Independence Through Entrepreneurship untuk membantu usahawan wanita seluruh dunia.
Penghasilkan produk juga adalah berasaskan pelbagai bahan semulajadi yang berkhasiat tinggi seperti enzim beras, aprikot, zaitun, kekacang Kukui, biji Borage, kulit ari beras dan pelbagai lagi vitamin aktioksida sekaligus membantu mencerahkan kulit selain mengurangkan kedutan dan mengembalikan kesegaran di bahagian mata mahupun seluruh wajah.
Untuk keterangan lanjut, layari www.dermalogica.com.my bagi mengetahui cara-cara menyalurkan bantuan menerusi pembelian produk Hero oleh Dermalogica.