Usaha NTV7 bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan wanita sememangnya patut dipuji. Mungkin rata-rata peminat program bual bicara Bella sudah tahu perihal anugerah khas untuk wanita yang dianjurkannya. Bella Awards adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan telah berlangsung di Hotel Royal Chulan baru-baru ini.
Gambar: ntv7
NICKI MINAJ ANGGUN DENGAN M.A.C VIVA GLAM >>
Apa yang sangat kami kagumi adalah konsep dan persembahan anugerah ini. Pengiktirafan tidak tertumpu kepada selebriti wanita sahaja tetapi juga mereka yang banyak berjasa kepada negara dan masyarakat khususnya. Bukan sahaja setnya yang menampilkan pentas peragaan ‘glamor’ berjaya menarik perhatian kami, bahkan persembahan artis antarabangsa dan tempatan yang diiringi pertunjukan fesyen ala-ala Victoria’s Secret juga sesuatu yang baru di dalam sesebuah program televisyen di Malaysia.
Gambar: ntv7
RAHSIA CANTIK DEBORAH HENRY >>
Anugerah yang bertemakan ‘She Sparkles‘ ini telah diacarakan oleh pengacara program Bella sendiri iaitu Daphne Iking, Elaine Daly dan Vanessa Chong serta turut diserikan oleh pelakon, pengarah dan penerbit kacak, Hans Isaac. Mungkin Hans boleh terjun ke bidang pengacaraan pula selepas ini kerana berjaya menjalankan tugasnya dengan begitu baik sekali pada malam tersebut.
TAK PERLU SUNTIK KALAU NAK CANTIK >>
Gambar: ntv7
Antara penghibur yang memeriahkan lagi acara ini adalah Marcell, Rossa, Joe Flizzow, Mizz Nina, Maliq & D’Essentials serta Ronan Keating. Berikut adalah senarai pemenang bagi 11 kategori yang dipertandingkan:
Bella Creative Award – Low Ngai Yuen
Bella Style Award – Gillian Hung
Bella Beautiful Award – Dr Premitha Damodaran
Bella Business Award – Datuk Rosaline Ganendra
Bella Heart Award – Datuk Ruby Khong
Bella On-Screen Award – Debbie Goh
Bella On-Stage Award – Datuk Siti Nurhaliza
Bella Sports Award – Cheong Jun Hoong
Bella Radio Award – Fara Fauzana
Bella Mars Award – Datuk Jimmy Choo
Bella Award – Datuk Ruby Khong