Syarikat gergasi kosmetik yang dikenali serata dunia, Bobbi Brown kini memperluaskan empayarnya ke KLCC pula! Berkonsepkan rekaan klasik yang disuntik dengan siluet moden, stor yang baru dibuka ini tampak unik dan berbeza berbanding rangkaian stor lain.
Dibuka secara rasmi pada 17 September, stor ini merupakan yang keempat ditubuhkan di Malaysia. Diuruskan oleh Pengurus, June Tea, Bobbi Brown menempatkan seramai empat orang jurusolek berpengalaman yang juga mahir dalam memberikan konsultasi penjagaan kulit.
Menariknya, rekaan dalaman stor yang tersendiri ini diilhamkan daripada konsep yang diperkenalkan di Bobbi Brown Studio di Mont Clair, New Jersey, Amerika Syarikat. Tentunya suasana segar dan penuh ciri klasik menawan ini menambat sesiapa saja yang mengunjunginya.
Pastikan anda tidak terlepas daripada menyaksikan sendiri keunikan stor terbaru ini. Antara yang digemari EH! adalah pameran rangkaian berus di salah satu sudut. Sungguh mengagumkan!
Bagi anda yang ‘gilakan’ solekan, tentunya stor terbaru ini mendahului rangkaian kegemaran untuk membeli-belah kosmetik sempurna untuk wajah! Apa tunggu lagi? Ayuh, ke Bobbi Brown KLCC!