Untuk anda yang sukakan sesuatu yang ringkas dan santai, Agnes B. VOYAGE mungkin adalah pilihan terbaik anda! Voyage yang bermaksud pelayaran atau pengembaraan merupakan tema yang diinterpretasikan di dalam setiap rekaan Agnes B bagi memenuhi cita rasa mereka yang suka mengembara atau sedang bercuti dengan koleksi yang kaya dengan unsur-unsur seni dan budaya.
WAJAH SELEBRITI CANTIK TANPA MEKAP >>
SOROKKAN GAMBAR ANDA KETIKA BERFESYEN >>
Agnes mahu menjadikan beg rekaannya menjadi lebih praktikal kepada semua orang tidak kira ke mana sahaja mereka pergi dan rekaan yang ringkas serta permainan warna menjadikan beg rekaannya lebih trendy dan up-to-date. Untuk anda yang sedang mencari beg yang seumpamanya, bolehlah singgah ke cawangan Agnes B. VOYAGE di Suria KLCC kerana mereka sedang mengadakan jualan murah penghujung musim sehingga 50 peratus.