Sudah dijinjing oleh kebanyakan wanita di London sejak 1998, Radley terus mewarnai dunia fesyen dengan beg tangan yang berkualiti dan menepati cita rasa wanita masa kini. Untuk koleksi musim panas mereka pada kali ini, Radley yang masih meletakkan kualiti sebagai keutamaan mereka di dalam setiap rekaan telah memilih warna yang terang, menggunakan material kulit premium dan perincian dalam pembuatan yang sangat dititik beratkan.
KIM KARDASHIAN PENING KERANA BAJU >>
TREND FESYEN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN >>
Dan untuk koleksi mereka kali ini, mereka telah mengeluarkan kembali beg tangan signature mereka – Chiltern Tote yang telah divariasikan dengan pelbagai warna. Beg ini sangat sesuai untuk menjadi peneman wanita ketika membeli belah atau yang menggemari beg yang bersaiz besar.
REKAAN RIZALMAN KINI DI ZALORA >>
Laura Bailey, seorang model, penulis dan duta budaya untuk British Fashion Council telah dipilih untuk menjadi wajah Radley London yang terbaru. Koleksi Radley boleh didapati di The Gardens, KLCC, Gurney Plaza, Pavilion, One Utama, Sunway Pyramid, Subang Parade atau secara online di www.radley.com.my.