Berinspirasikan kajian para saintis dalam keupayaan regeneretif sel stem tumbuhan, Origins memperkenalkan Teknologi Sel Tunjang Tumbuhan Raspberi melalui Krim Anti-Penuaan Planscription™ khusus dalam menentang tanda penuaan. Dirumuskan dengan bahan utama koleksi Origins, African Anogeissu bersama teknologi terbaharu Sel Stem Tumbuhan Raspberi, Krim Anti-Penuaan Plantscription™ memiliki 300,000 sel tunjang raspberi di dalam setiap satu.
Di dalam keluarga raspberi, variasi raspberi merah Rubus Idaeus telah dipilih sebagai suatu bahan utama atas nilai kompaun biologinya yang cukup tinggi dan aktif pada sel tunjangnya. Ekstrak sel stem tumbuhan Raspberi yang digunakan hanya hadir dari pembiakan secara kultur. Produk Krim Anti-Penuaan Plantscription™ mula berada di setiap rangkaian Origins mulai Januari 2013. Setiap jar krim wajah istimewa ini muncul di dalam saiz 50ml dengan harga RM265.