Baru-baru ini, jenama penjagaan kulit dari Perancis, L’OCCITANE telah mengeluarkan rangkaian haruman terbaru yang diberi nama La Collection De Grasse. Koleksi ini terdiri daripada empat jenis wangian yang digabungkan oleh dua haruman semula jadi yang menepati cita rasa dan personaliti wanita masa kini.
TIP SOLEKAN YANG PERLU ANDA TAHU >>
PENCARIAN GAYA SIGNORINA KEMBALI LAGI >>
Haruman Jasmine & Bergamote khas untuk mereka yang sukakan bau bunga-bungaan. Manakala Magnolia & Mure untuk mereka yang gemar dengan sesuatu yang musky, The Vert & Bigarade untuk mereka yang sukakan sesuatu yang lembut dan Vanille & Narcisse sesuai untuk penggemar bau yang kuat dan berkarakter.
CARA MIRANDA KERR MENJAGA KULIT >>
Kesemua wangian Eau de Toilette ini, dilengkapi dengan pelembap badan, gel mandian, semburan rambut dan sabun wangi yang berharga daripada RM37 dan ke atas. Anda boleh mencuba sendiri wangian segar daripada La Collection De Grasse ini di cawangan L’OCCITANE berhampiran anda.