Alcon, peneraju global dalam penjagaan mata, telah melamar aktres terkenal tanah air Lisa Surihani sebagai duta jenama terbaru untuk kanta kosmetik terlaris iaitu kanta sentuh berwarna FreshLook.
Pelakon yang muda, cantik, bergaya dan berbakat, Lisa Surihani, akan menyertai selebriti antarabangsa yang lain seperti penyanyi Taiwan, Rainie Yang dan penyanyi Korea, YoonA dari Girls’ Generation yang telah mengambil bahagian dalam kempen pemasaran dan promosi FreshLook sebagai duta jenama terbaru.