Tiada lagi kesan comot, pemakaian juga tahan lebih lama! Begitu konsep penggaris terbaru keluaran Maybelline buat wanita yang begitu menitikberatkan soal kekemasan dalam solekan terutama di bahagian mata. Sehebat namanya, Hyper Sharp Liner ini menyediakan penghujung berus yang tajam sehingga 0.05mm sekali gus memudahkan pemakai membuat garisan mata hanya dalam seminit!
Penggaris mata berteksturkan cecair ini juga mampu menghasilkan garisan yang begitu halus dengan mudah kerana berusnya yang lembut lagi versatil. Ini kerana anda boleh memakainya mengikut gaya kesukaan anda. Jika anda mahukan garisan yang halus, gunakan penghujung berus. Manakala untuk garisan tebal pula, anda hanya perlu menggunakan bahagian tepi berus dan sapukan mengikut ketebalan yang diingini.
Paling menarik, pemakaiannya kekal lama sehingga 24 jam! Selain itu, penggaris mata ini juga 100 peratus kalis air, peluh dan sebum menyebabkan hasil solekan mata kelihatan lebih kemas dan bebas kesan comotan!
Berharga RM23.90, penggaris mata ini tentunya membuatkan hari-hari anda lebih ceria dengan solekan sempurna pada wajah. Sebelum itu, saksikan paparan gambar yang diambil sewaktu majlis pelancarannya diadakan, baru-baru ini!
Model-model memperagakan solekan berinspirasi menggunakan Hyper Sharp Liner.
Gambar atas: Liyana Jasmay, duta terkini Maybelline memberikan pose istimewa sambil memegang Hyper Sharp Liner.
Gambar bawah: Liyana Jasmay (tengah) dan barisan model bergaya dengan solekan Maybelline.