Berita baik untuk ibu-ibu yang suka membeli-belah secara online, laman web fesyen terkemuka FashionValet.com telah pun melancarkan koleksi FashionValet Kids untuk memudahkan anda membeli belah secara talian.
PANDUAN BELI BELAH GAYA WANITA PERTAMA DUNIA >>
COACH MALAYSIA KINI DI DALAM TALIAN >>
KEJAYAAN PROGRAM SIMPLYSITI >>
Mungkin kerana pengasasnya, Vivy Yusof yang kini sedang mengandung anak pertamanya memberi inspirasi kepadanya untuk memulakan koleksi FashionValet Kids. Koleksi yang mengetengahkan pakaian moden sehingga ke persalinan tradisional untuk kanak-kanak setahun dan ke atas ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Mereka turut menjual aksesori rambut untuk melengkapkan lagi gaya anak anda.