Melihat botolnya sahaja sudah cukup memikat hati mana-mana wanita sekalipun. Berhiaskan bunga daisy berwarna kuning, putih dan merah jambu yang lembut dan rekaan botol yang lebih slim dan feminin, haruman Daisy Marc Jacobs Eau So Fresh adalah pilihan tepat untuk peminat botol wangian yang unik.
Haruman dalam koleksi pereka fesyen ternama dunia ini adalah campuran buah-buahan dan bunga seperti raspberi, ros nan segar dan pelam lembut. Bercirikan gaya sophisticated, Daisy Eau So Fresh ini masih mengekalkan konsep vintage dan rekaan yang edgy.
Sememangnya Marc Jacobs memang dikenali dengan interpretasi yang klasik dan memberi inspirasi kepada golongan wanita supaya tampil lebih elegan, sweet dan menawan. Disebabkan itu, kebijaksanaan Marc dibawa ke dalam rekaan menerusi haruman terbaru ini.