Siapa yang tidak kenal putera raja yang nakal ini? Walaupun banyak menimbulkan kontroversi, Putera Harry masih lagi menjadi idaman gadis di serata dunia. Tetapi pada kali ini, kami terpaksa mengecewakan anda dengan memberi laporan mengenai teman wanita terbarunya.
SWIFT PUTUS DENGAN STYLES KERANA SOAL BERKHATAN? >>
LANGKAH MENGHARGAI & MENCINTAI PUTERA KATAK >>
Baru-baru ini, Putera Harry dijumpai sedang bercuti di Switzerland dan dia tidak berseorangan. Dia ditemani oleh seorang wanita yang bernama Cressida Bonas, 24, dan mereka kelihatan begitu romantik sekali sehingga langsung tidak menghiraukan kehadiran paparazi yang sibuk mengambil gambar mereka berdua. Sebenarnya, Bonas bukan baru sahaja dikaitkan dengan Putera Harry. Mereka dikatakan mula bersama di pertengahan tahun 2012 dan berpisah kerana kontroversi gambar bogel Putera Harry di Las Vegas.
ATLET KACAK BUNUH TEMAN WANITA SENDIRI? >>
EMMA ZAINAL BAKAL ISTERI AIDIL? >>
Mereka berkenalan melalui sepupu Putera Harry sendiri, iaitu Puteri Eugenie. Bonas bukanlah orang biasa. Dia merupakan anak kepada gadis ‘It’ zaman 60an, Lady Mary Gaye Curzon dan merupakan pewaris bagi syarikat perbankan Curzon. Ayahnya juga seorang usahawan yang berjaya. Sebenarnya agak payah untuk Putera Harry bercinta kerana publisiti yang bakal diberikan oleh media. Tetapi Curzon dengan bijaknya merahsiakan perhubungan mereka berdua dan ia membuatkan Putera Harry percaya kepadanya.