Selari dengan perkembangan teknologi dunia, syarikat inovasi pengkomputeran, INTEL, maju setapak lagi ke hadapan dengan produk Ultrabook mereka. Spesifikasi yang menepati citarasa pengguna masa kini mampu untuk menarik ramai generasi muda untuk memilikinya. Untuk diklasifikasikan sebagai ‘Ultrabook’, setiap komputer riba harus menepati spesifikasi standard yang diletakkan oleh INTEL. Rekaan komputer riba perlu mempunyai ketebalan 21mm dan ke bawah. Baterinya pula harus bertahan selama lapan sehingga sepuluh jam dan mesti mengaplikasikan sistem sekuriti INTEL Anti-Theft yang berfungsi untuk menyelamatkan data di dalam komputer anda sekiranya ia dicuri.
KOLABORASI YUNA BERSAMA SAMSUNG >>
GAYA JALANAN FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA >>
Apa yang menarik adalah kebolehan produk ini menjadi komputer riba dan tablet kepada penggunanya. Bagi sesetengah model, skrin komputer boleh dicabut daripada papan kekunci untuk dijadikan tablet dan ada pula rekaan komputer yang boleh dipusing 360 darjah. Untuk anda yang mahukan sesuatu yang moden dan senang untuk dibawa ke mana-mana, Ultrabook mungkin merupakan pilihan yang tepat untuk anda.