BELLA AWARDS IKTIRAF JASA WANITA >>
Setelah enam tahun bersiaran, Suria FM kini tampil dengan wajah baru menggambarkan kematangan stesen radio mereka. Menyasarkan golongan pendengar yang lebih urban, moden dan berjiwa muda, Suria FM kini membawa tagline ‘Menceriakan Duniamu’ selari dengan misi mereka untuk menceriakan dan meningkatkan emosi semua yang mendengar.
TYZO BERBICARA MENGENAI TEMUJANJI PERTAMA >>
Dengan barisan penyampai seperti Halim Othman, Adibah Noor, Linda Onn, Reza Mohamed, Seri, Bob Ringgo dan DJ Lin, Suria FM masih lagi memutarkan rentak muzik terbaik 90an dan yang terbaru di frekuensi 105.3FM di sekitar Lembah Klang. Selari dengan konsep moden yang dibawa, pendengar juga boleh mendengar Suria FM secara online atau memuat turun aplikasi Suria FM di Apple Store dan Play Store ke dalam telefon pintar mereka.