Tingkatkan kehidratan bibir dengan teknik kecantikan terbaru menggunakan produk bibir Fenty Beauty, Double Gloss yang pasti membuatkan bibir anda kelihatan berkilat dan.. juicy!
Fenty Beauty menghadirkan teknik baru Double Gloss, menggabungkan penjagaan dan warna bibir untuk memberikan lapisan penghidratan dan kilauan maksima menggunakan produk bibir Fenty Beauty yang paling laris dan paling digemari.
Teknik kombinasi unik ini akan membantu anda mencapai bibir segar dan berkilat yang dicari dengan mengoptimumkan penjagaan kulit dan rutin solekan anda. Perkara yang paling penting ialah bibir tetap terhidrat dan mempunyai penampilan ultra-berkilat, sempurna untuk bibir glossy dan juicy.
Mulakan dengan sapuan Fenty skin lip oil atau lip mask untuk penghidratan maksima
Fenty Skin Fenty Treatz Hydrating + Strengthening Lip Oil dalam “Kalahari Melon” atau“Barbados Cherry” untuk kelembapan dan kilauan
Minyak bibir ultra-menghidrat, jelas dan tidak melekit yang menguatkan penghalang kelembapan bibir, menambah baik tekstur & kelicinan serta meninggalkan kilauan pada bibir.
Harga: RM 130
Fenty Skin Plush Puddin’ Intensive Recovery Lip Mask in dalam “Kalahari Melon” atau“Vanilla” untuk kelembapan menyeluruh
Topeng bibir dengan tekstur mewah seperti puding ini serta-merta menghidrat dan menyembuhkan bibir kering, memberikan penghidratan yang tahan lama siang dan malam, dan mengurangkan rupa garis-garis halus & kedutan, menjadikan bibir anda lebih licin, tegang dan kelihatan gebu.
Harga: RM 117
Lapisi bibir dengan Fenty Beauty Gloss Bomb untuk kilauan dan juicy
Fenty Beauty Gloss Bomb Universal Lip Luminizer untuk kilauan serta merta
Pengilat bibir yang wajib dimiliki dengan kilauan sesuai dengan semua rona kulit. Formula tidak melekit dan sangat berkilat ini menampilkan shea butter, tekstur yang pasti dapat melembutkan bibir anda. Dengan satu sapuan Gloss Bomb, serta-merta akan menjadikan bibir kelihatan lebih tebaldengan baun pic-vanila yang menyelerakan.
Harga: RM 117
Fenty Beauty Gloss Bomb Heat Universal Lip Luminizer + Plumper untuk bibir ekstra plump
Gloss Bomb yang paling digemari pengguna Fenty Beauty, lip luminizer dan plumper ini memberikan sedikit rona dan bibir kelihatan lebih mungil serta-merta!
Harga: RM 130
Fenty Beauty Gloss Bomb Ice Cooling Lip Luminizer untuk sensasi yang menyegarkan
Pengilat bibir tanpa rona ini diselitkan dengan pudina untuk memberikan kesan penyejukan pudina serta-merta yang menyegarkan dan kemasan kilauan dan kelihatan basah.
Harga: RM 130
Fenty Beauty Gloss Bomb Cream Color Drip Lip Cream untuk rona berkrim dan berkilauan.
Formula gloss bomb ikonik ini memberikan warna tulen, berkrim dan kilauan luar biasa tanpa sebarang kilauan.
Harga: RM 117
Fenty Beauty dan Fenty Skin boleh didapati di stor dan dalam talian di Sephora.my.
Baca: The Eid Scents, Live Streaming Pertama EH! x Sephora Bersama Tyra Kamaruzzaman