Aedy Ashraf memulakan langkah dalam dunia lakonan ketika usianya baru enam tahun dan sejak itu, namanya tidak pernah pudar dalam dunia hiburan. Baru-baru ini, dia diangkat sebagai Aktor Filem Popular di Anugerah Bintang Popular ABPBH, satu pengiktirafan yang menandakan sumbangannya yang besar dalam bidang seni. Bukan sekadar seorang pelakon yang berbakat, Aedy juga menunjukkan komitmen luar biasa dalam sukan seperti larian di mana dia sering menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai untuk menyertai aktiviti bersama kumpulan ‘Challo Run’ yang diadakan setiap minggu. Dengan semangat yang membara ini, Aedy Ashraf terus mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?.
Perjalanan hidup saya sebagai seorang anak seni yang penuh dengan pengalaman berharga.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Saya rasa saya lebih berusia daripada umur saya berdasarkan pengalaman hidup yang saya lalui tapi dari segi rupa, ramai orang cakap saya nampak muda!
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Snowboarding! tapi sayang, negara kita tiada salji.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Running! lima hingga sepuluh kilometer setiap hari.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah ia?
Motto hidup saya ialah “live with no regrets“, jadi setiap kali saya melakukan sesuatu saya akan pastikan saya buat yang terbaik.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Membaca lebih banyak buku!
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatķan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Capai tahap kecergasan yang tertinggi, jelajahi dunia, dan sertai setiap acara maraton.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Terbang!
Apakah definisi ‘happy life‘ bagi kamu? How do you pursue it?
Happy life bagi saya ialah berada dalam keadaan tenang, dari segi mental dan spiritual, pada bila-bila masa dan dalam situasi apa pun.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Ketika berusia 25 tahun, saya terjerat dan tertipu dengan stigma ‘money is everything and can buy you happiness‘ sehinggakan saya lupa tentang menjaga kesihatan dan masa bersama keluarga dan masa untuk diri sendiri. Saya ada banyak duit, tapi saya tidak gembira.
Ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25.
Happy 25th Anniversary EH! Sejujurnya EH! telah banyak membantu saya sepanjang perjalanan saya dalam industri. Saya ucapkan terima kasih dan sentiasa memberi inspirasi terutama sekali generasi muda! I love you!
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin | Penyelaras: Farah Ain, Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Videografi: Jackie Mah, Simon, Syafiq, Zakwan & Azeem | Grooming: Sheng Saw (menggunakan Sephora Collection)| Dandanan: Ckay Liow | Pakaian: DIOR
Baca: “Saya Mahu Dikenali Kerana Bakat Bukan Kerana Benda-benda Remeh.”- Aedy Ashraf