Aina Abdul, siapa saja tidak mengenalinya. Satu nama yang tidak asing lagi di kalangan pencinta muzik tanah air, memiliki suara yang ‘powerful’ yang digabungkan dengan gaya yang luar biasa. Baru-baru ini Aina dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH ke-36, sekali gus membuktikan bahawa bintang ini telah memberi impak positif yang signifikan kepada industri hiburan tanah air. Bermula sebagai salah seorang finalis pertandingan Irama 1Malaysia anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2010, perjalanan seninya bermula perlahan namun semakin deras apabila lagu ‘Sumpah’ layak ke pentas Anugerah Juara Lagu pada tahun 2020. Kini, Aina menjadi salah satu penyanyi wanita yang paling terkenal dan dihormati di Malaysia. Keberaniannya dalam mengekspresikan diri, walaupun dalam situasi mencabar, sering menarik perhatian ramai. Gaya fesyen unik dan kadang-kadang peliknya bukan sahaja mencerminkan keperibadiannya, tetapi juga menjadikannya sebagai satu identiti yang kuat, membuatkan Aina Abdul sentiasa diingati dan dikagumi.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
Senyuman saya.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Tua. Beberapa pengalaman yang saya lalui sangat trauma untuk usia yang begitu muda. Saya kehilangan bapa ketika berusia 15 tahun. Daripada itu, banyak saya lalui yang mendewasakan Aina cepat daripada umur saya.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Saya berharap untuk lebih bersyukur dalam hidup. Sering kali, saya terlupa erti bersyukur. Menjadi seseorang yang bersyukur dalam kehidupan bukanlah perkara yang mudah dan sering dipandang rendah.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Sekarang saya mempunyai dua kucing, perkara yang membuat saya feel good ialah memberi ‘wetfood‘ kepada anak kucing saya dan membuang najis mereka.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah ia?
Konsert pertama saya di Axiata Arena ANWAA 3.0. Saya rasa saya akan lebih menikmati pengalaman ini, kurang memikirkan perkara-perkara yang tidak perlu. Saya akan menikmati setiap detik dan menyerap suasana apabila peminat menyanyikan lagu-lagu saya.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Berhati-hati itu membosankan, live life!!! Break rules.
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Duduk di rumah dan bermain dengan kucing-kucing saya. Pesan makanan luar dan makan di rumah.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
superpower? Saya nak jadi lelaki. Mengapa? Sebab saya ingin memahami sepenuhnya fikiran mereka hehehe.
Apakah definisi ‘happy life’ bagi kamu? How do you pursue it?
Happy life bagi saya adalah KEBEBASAN. Kebebasan untuk menjadi diri sendiri tanpa memikirkan pandangan orang lain. Kebebasan dari segi kewangan. Dan bagaimana saya mencapainya? Dengan bekerja lebih bijak menuju matlamat saya, bukan bekerja lebih keras.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Saya semasa 25? Saya berada di Universiti 2021, 7 tahun umm, brb kira jap. 2018!! Oh tahun 2018 penuh dengan fun dan randomness. Saya belajar cara untuk jatuh cinta, cara untuk menjadi bodoh dalam percintaan… Ketika itu juga saya juga belajar bagaimana untuk mengekspresikan diri dalam penulisan lagu.. So ya, 25 is monumental and important.
Ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25.
Kepada EH! Terima kasih atas sokongan yang tiada berkesudahan sepanjang perjalanan saya. EH! adalah yang terbaik! Semoga terus berjaya seperti sekarang, dan lebih ikonik! demure and mindful. I LOVE YOU EH! dan Bidin.