Aisha Retno, figura yang bukan sahaja memiliki bakat luar biasa, malah juga aura yang dapat memikat hati ramai. Lihat sahaja aksinya di ‘The Hardest Singing Show’ dan AJL38, mampu menggugah perasaan peminat dan mencipta saat-saat ‘goosebumps’ yang tidak dapat dilupakan. Kehebatannya tidak terhenti pada nyanyian semata-mata, penampilan Aisha juga sering kali menjadi tumpuan ramai terutama sekali apabila dia mengenakan pakaian tradisional yang diolah dengan sentuhan gaya moden segar. Dirinya semakin bersinar, terus menerus menjadi sumber inspirasi bukan sahaja kepada peminat seni, tetapi juga kepada generasi akan datang menggalakkan mereka untuk mengejar impian dan mengekspresikan diri dengan penuh keyakinan.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
Tidak takut untuk menjadi diri sendiri.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Bergantung kepada situasi tertentu yang saya alami. Untuk menjelaskan, kebanyakan orang mengatakan bahawa saya kelihatan dan berfikir lebih matang daripada usia saya sekarang, tetapi ada juga yang berpendapat sebaliknya.
Bagi saya, saya suka berfikir bahawa saya kelihatan lebih tua daripada usia saya dari segi cara saya berfikir dan perkara yang saya lakukan, kerana pengalaman membuatkan seseorang lebih matang. Oleh itu, untuk kelihatan lebih tua daripada usia saya mungkin adalah hasil daripada pengalaman yang saya lalui dalam kerjaya industri muzik.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Lebih banyak sesi penulisan lagu, lebih banyak melancong, dan masa berkualiti bersama keluarga dan orang terdekat.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Mendengar muzik saya dan muzik orang lain, terutamanya dalam genre yang saya suka benar-benar menenangkan fikiran dan membuat saya feel good.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu?
Saya ingin merasai semula momen kemenangan semasa AJL38 tahun ini. Perkara berbeza yang akan saya lakukan ialah membawa seluruh pasukan saya ke atas pentas sebagai penghargaan, kerana penghargaan perlu dikongsi secara saksama untuk mereka juga.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Lil teenages retno, dapatkan tenaga sebanyak yang boleh kerana awak tidak akan tahu cabaran dan pencapaian yang akan awak lalui di pertengahan 20-an tidak lama lagi. Oleh itu, nikmati hidup sepenuhnya!
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Saya akan meluangkan masa dengan keluarga saya, kucing-kucing saya, dan impian saya adalah untuk meluangkan masa bersama anak-anak yatim piatu dan rumah anak-anak angkat, hanya untuk menghiburkan mereka, tanpa mengharapkan apa-apa balasan wang, hanya kebahagiaan yang tulus dan hubungan kasih sayang yang murni bersama mereka.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Untuk dapat berdiri teguh demi keadilan dunia dengan teleport ke mana-mana dalam sekelip mata.
Apakah definisi ‘happy life’ bagi kamu? How do you pursue it?
Happy life menggambarkan kehidupan yang sihat, baik dari segi mental mahupun fizikal. Hidup yang bahagia ialah hidup yang sihat. Semudah itu.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Teruja untuk masa depan dan tahun depan! Sebab saya berumur 25 tahun depan, teruja untuk perkara yang baik-baik sahaja dan good vibes.
Kongsikan ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25.
Selamat ulang tahun dan bertambah usia yang ke-25 buat EH! kesayangan! semoga hanya kilauan dan warna indah buat EH!, melangkah tinggi namanya di persada dunia perfesyenan. Maju terus! Terima kasih kerana mempercayai kami, 25 sahabatmu termasuk juga sahabat-sahabat lain. Cheers!
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin | Penyelaras: Farah Ain, Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Videografi: Jackie Mah, Simon, Syafiq, Zakwan & Azeem | Solekan: Sheng Saw (menggunakan Sephora Collection) | Dandanan: Ckay Liow
Baca: #EHnpirasi “Saya Mahu Ada Ciri-Ciri Tradisional Dalam Penampilan Saya” – Aisha Retno