‘Beauty with brain’, itu yang tepat mendefinisi personaliti wanita berusia 29 tahun ini. Amelia Henderson memulakan langkah ke dalam bidang hiburan sejak kecil lagi. Dia awalnya aktif menyertai pelbagai iklan komersil dan kemudiannya terjun pula ke bidang lakonan. Antara kemunculan awalnya yang tular semula ialah watak sebabak di dalam filem ‘Pisau Cukur’. Hari ini Amelia Henderson bukan saja cemerlang sebagai aktres, malah dia semakin aktif menggilap bakatnya sebagai pengacara. Podcast ‘Studio Sembang’ setakat ini sudah mencatat lebih 100 ribu langganan di YouTube. Amelia juga semakin mendapat kepercayaan untuk mengacara rancangan secara langsung seperti TikTok Awards dan Gempak Most Wanted Awards.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
Saya suka senyuman saya.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Dua dua … haha! Secara umumnya saya rasa saya lebih tua dari usia sebenar dan ini mungkin kerana saya bekerja sejak saya masih muda lagi, jadi kehidupan saya sering dikelilingi orang yang lebih berusia dari saya. Tapi semestinya saya masih ada sisi diri yang lain, yang playful apabila saya bersama keluarga dan teman-teman yang mungkin lebih muda dari saya.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Jika berkaitan dengan kerjaya saya harap saya dapat mengacara secara langsung. Saya sangat seronok dengan suasana dan energi dari penonton. Jika sesuatu yang tak berkait dengan kerja saya sukakan aktiviti luncur salji, I cannot wait to go back!
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Saya menulis jurnal setiap hari, mencatat apa yang berlaku dan juga menulis tentang apa yang saya rasa. Bagi saya ia sesuatu yang menyeronokan bila dapat melihat dan membaca apa yang saya lalui sebelum ini. Dan jika saya melalui hari yang kurang baik ia seakan satu terapi yang dapat meluahkan semua yang saya rasa.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu?
Saya cuba untuk tidak hidup dengan kekesalan. Tapi saya kehilangan ayah beberapa tahun lalu, dan datuk saya meninggal tahun ini, dia sangat rapat dengan saya. Mungkin saya mahu mengulang kembali momen percutian bersama keluarga sewaktu saya kecil hanya untuk bersama dengan orang yang saya sayang dalam satu tempat dan masa yang sama.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Jangan mudah terganggu dengan perkara remeh. Saya selalu fikir masalah yang saya hadapi adalah isu paling terbesar di dunia, walhal jika saya imbas kembali saya sendiri tak ingat apa yang saya rungsingkan sangat. Live more in the moment because the future has your back!
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Susah untuk menjawab pertanyaan ini kerana saya betul-betul suka dengan apa yang saya kerjakan hari ini. Mungkin saya akan luangkan lebih banyak masa bersama keluarga, bercuti dan lebih banyak melukis… haha!
Jika kamu boleh memillh superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Telekinesis!! Saya hanya mahu menonton rancangan kesukaan saya tanpa perlu menghentikannya hanya kerana mahu ke dapur mengambil snek atau makanan. I can bring them to me with my mind… haha!
Apakah definisi ‘happy life’ bagi kamu?
Bagi saya bersyukur dengan apa yang kita miliki adalah rahsia untuk satu kehidupan yang gembira. Ia tentang melatih minda untuk sentiasa fokus kepada hal-hal positif dan cuba sehabis baik untuk melepaskan sesuatu yang negatif. Dalam beberapa tahun mendatang ia mungkin bukanlah satu hal yang besar pun.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Saya banyak berlakon pada usia itu. I had such a good year actually, terlibat dengan projek yang menarik dan saya sedang berusaha untuk menjadi seorang pelakon yang lebih baik.
Ucapan istimewa buat EH! sempena ulang tahun ke-25
Selamat ulang tahun yang ke-25 EH! EH! ada bersama saya dari permulaan saya kembali kepada dunia lakonan, my first beauty spread was when I was 18!! Here’s to many more years together.