Azira Shafinaz adalah ‘triple threat’ yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Kejayaan demi kejayaan yang mengukuhkan kedudukannya dalam dunia seni. Berbekalkan bakat yang menyakinkan dalam nyanyian, tarian, dan lakonan, namanya mula melonjak saat kemunculannya bersama DeFam, yang pada waktu itu membawa kelainan dalam industri muzik Malaysia dengan gaya R&B dan pop yang segar. Lantas menjadikan DeFam sebagai girl group paling kukuh di negara ini. Azira terus mencuri perhatian di layar kaca sebagai pelakon utama, kemenangannya untuk kategori Best Actress in a Comedy Role untuk siri ‘Ijab Kabut’ di Asian Academy Creative Awards menjadi bukti jelas kemampuannya dalam bidang lakonan. Tidak berhenti di situ, Azira terus memperkukuhkan lagi namanya melalui prestasi cemerlang dalam filem ‘Sherif’, di samping bintang ternama seperti Syafiq Kyle dan Zul Ariffinn.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu
Saya bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang hebat yang membimbing dan mengajar saya menjadi diri saya hari ini. Satu perkara yang boleh saya katakan, mampu memaafkan orang dengan mudah adalah my superpower.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Sudah tentu lebih muda, haha! Sebab bila saya tengok my mom , saya percaya bila saya sudah berusia nanti i’ll be as beautiful as her cause she age like fine wine!
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Tidur!! Kerana dengan jadual saya yang padat, saya sukar tidur nyenyak.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Pampering myself dan bersenam, ketika ini saya obses dengan pickle ball.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu?
Saya ingin mempunyai lebih banyak masa dengan arwah nenek saya. Saya rasa saya sentiasa sibuk dengan kerja and i took the time for granted.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Trust the process dan jangan takut dengan apa yang ada di hadapan. Sentiasa ikut dan percaya naluri atau gerak hati and must do everything that you love!
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Melancong dan membeli-belah! Dan buat apa sahaja yang membuatkan saya gembira.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Saya nak teleport, boleh pergi ke mana-mana sahaja saya mahu.
Apakah definisi ‘happy life’ bagi kamu?
Jangan terlalu memikirkan masa lalu, jadikan semua cabaran sebagai pengajaran dan cuba menjadi lebih baik dari apa yang kita lalui semalam. kekal positif dan sentiasa bersangka baik.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Saya masih ingat ketika saya berumur 25 tahun, saya tidak terlalu memikirkan apa-apa dan saya hanya menjalani kehidupan saya sepenuhnya. Saya juga ingat ketika itu, DeFam berada di puncak kerjaya kami dan kami hanya melakukan apa sahaja yang kami suka pada masa itu.
Ucapan buat EH! sempena slang tahun ke-25
Selamat ulang tahun ke-25 EH! to many more successful years ahead and congratulations on reaching this remarkable milestone. Looking forward to many more years working together.
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin | Penyelaras: Farah Ain, Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Videografi: Jackie Mah, Simon, Syafiq, Zakwan & Azeem | Solekan: Sahir Sabri (menggunakan Sephora Collection) | Dandanan: Yusof Ruzaimi |
Artikel Berkaitan: #EHTOP25 Amelia Henderson