Ernie Zakri mendunia, mencipta namanya dalam industri muzik sejak meraih kemenangan sebagai Bintang RTM 2009. Seorang vokalis yang hebat, suaranya yang merdu dan lagu-lagunya sering kali mampu menambat hati peminat muzik di tanah air. Terkini, lagunya berjudul ‘Masing-Masing’, kolaborasi bersama Ade Govinda meraih anugerah sebagai Lagu Paling Popular di ABPBH ke-36, juga mencatatkan kejayaan luar biasa dengan menduduki tangga nombor satu, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga menjadi kegemaran di Indonesia, dalam kalangan peminat ‘galau’. Dengan bakat dan dedikasinya, Ibu kepada cahaya mata perempuan, Khawla terus mengukir nama dan memberikan impak yang mendalam dalam dunia muzik.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
Saya kelakar, tapi saya seorang yang introvert.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Lebih muda, sebab saya suka buat kelakar.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Melancong bersama Khawla dan suami.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Kopi ialah wajib! Membaca juga wajib dalam rutin harian saya.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah ia?
Saya percaya tiada peluang kedua. Semua perkara terjadi dengan sebab.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Jangan malu.
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Melancong.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Dapat baca fikiran orang lain.
Apakah definisi ‘happy life‘ bagi kamu?
Lakukan apa saja yang buat awak gembira, walau sekecil mana perkara itu.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Sentiasa mengejar cita-cita tanpa penat, sehingga saya rasa burned out huhu.
Uucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25
Terima kasih EH! selalu menyokong karier saya. Terima kasih Bids, you’re awesome! Happy 25, semoga sentiasa sukses.
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin | Penyelaras: Farah Ain, Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Videografi: Jackie Mah, Simon, Syafiq, Zakwan & Azeem | Solekan: Sahir Sabri (menggunakan Sephora Collection) | Penata Gaya Hijab: Nazlivingstyle
Baca: “Kehidupan Dan Karier Saya Bukan Competition,”- Ernie Zakri