Nia Atasha, juga dikenali sebagai ‘sleepyllama’ boleh kami kelasfikasikan sebagai individu yang pantas mencuri tumpuan dengan auranya. Bermula sebagai seorang model, perjalanan kariernya berkembang laju sehingga dia menerokai dunia lakonan, dengan filem-filem seperti “Nafsu” dan “Impak Maksima” yang pastinya juga merupakan ‘makanan’ untuk jiwa seni figura ini. Tahun lalu, Nia mencipta sejarah apabila terpilih menghiasi kempen untuk jenama terkenal Victoria’s Secret, menjadikannya model Malaysia pertama yang menyandang gelaran membanggakan ini. Model, berlakon dan melukis? Nia seakan tiada batasan dalam mengejar pelbagai bidang seni. Kejayaan Nia bukan sahaja menjadi kebanggaan peribadi, tetapi inspirasi kepada ramai peminat di tanah air untuk mengejar impian mereka membuktikan bahawa dengan usaha dan ketekunan, segalanya mungkin dicapai.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
Optimisme saya.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar? Huraikan sedikit?
Lebih muda! sebab saya selalu lupa saya lebih tua daripada apa yang saya fikirkan.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Saya mahu menghasilkan lebih banyak seni dan melancong!
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Gomol-gomol anak-anak bulu saya (meow).
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah ia?
Saya tidak akan memilih atau mahu mengulang mana-mana momen. Hidup saya berjalan tepat seperti yang sepatutnya. TIADA PENYESALAN!
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Ini mungkin cliche, tetapi semua benda akan sentiasa menjadi lebih baik, tidak kira apa pun.
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Pergi bercuti, melukis, menghasilkan lebih banyak seni, dan nap lebih lama.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Nak teleport! Tak nak drive dah.
Apakah definisi ‘happy life’ bagi kamu? How do you pursue it?
Sentiasa bersangka baik tentang segala-galanya. Bersyukur dan makan makanan kegemaran saya!
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Kumpul balik duit yang habis masa PKP.
Ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25.
Happy Birthday, EH! Terima kasih kerana mempercayai saya dan membenarkan saya menjadi sebahagian daripada projek dan sesi penggambaran EH! yang menyeronokkan. Terima kasih atas peluang yang telah diberikan kepada saya, yang telah membentuk kerjaya saya seperti sekarang. SAYA SANGAT BERSYUKUR (nangis)!