Wajah tampan dan karismatik Redza Rosli sudah tentu tidak asing lagi di kaca TV kita, terutama sebagai hero yang berjaya mencuri hati penonton. Dengan bakat yang dimilikinya, dia sentiasa mencuri perhatian menerusi setiap drama yang dibintanginya, tidak mengira apa watak yang dibawa, Redza pasti berjaya memberikan impak dan meninggalkan kesan mendalam pada penonton. Walaupun populariti Redza semakin melonjak, perjalanan seninya bermula jauh lebih awal pada tahun 2013. Namun, titik perubahan besar dalam kerjayanya berlaku pada 2017, apabila Tonton melantiknya sebagai duta setelah meraih trofi Anugerah Telenovela untuk Pelakon Baru Lelaki Terbaik menerusi drama “Seindah Takdir Cinta”. Dedikasi dan komitmennya yang tinggi terhadap setiap watak terus mengukuhkan nama Redza dalam industri, hingga pada tahun 2023, dia dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Drama Sangat melalui drama popular “Kekasih Hati Mr. Bodyguard”.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu
Kuat. Saya tidak mudah putus așa.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Muda. Sebab kerja kuat. Tak sedar yang umur semakin meningkat… haha!
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Dapat luangkan masa dengan famili.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Gym, jogging dan bangun awal pagi.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu?
Jadi lebih baik.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Terus kuat, jangan putus asa dan jadi yang terbaik.
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Melancong, mungkin.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Wolverine. Sebab tak boleh mati … hahaha!
Apakah definisi ‘happy life’ bagi kamu? How do you pursue it?
Bahagia. Bahagia terus dengan orang yang kita sayang
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Sibuk dengan kerja dan keluarga
Ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25
Happy 25th anniversary. Terus Maju jaya and awesome!
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin | Penyelaras: Farah Ain, Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Videografi: Jackie Mah, Simon, Syafiq, Zakwan & Azeem | Grooming: Sahir Sabri (menggunakan Sephora Collection) | Dandanan: Miedy Daniel |
Artikel Berkaitan: #EHTOP25 Mierul Aiman