Selepas dinobatkan sebagai juara Gadis Panca NR 2017, nama Siti Khadijah Halim semakin bersinar di pentas seni, wajah cantik dan aura positif yang dimilikinya kini menjadi buruan pengarah drama. Namun, bukan sekadar paras rupa yang menawan yang membawa nama Siti Khadijah Halim ke tempat dia berada hari ini, dia telah membuktikan dirinya sebagai bintang pelapis yang berbakat dan penuh potensi apabila dia berjaya membolosi senarai pencalonan Pelakon Wanita Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards menerusi lakonannya yang bersahaja dalam siri romantik komedi ‘From Saga With Love’, gandingan bersama Ikmal Amry. Kini, siri tersebut kembali dengan sekuel kedua yang menampilkan watak ‘karma’ yang lebih emosi dan kompleks, membuka ruang buat Siti untuk terus membuktikan kebolehannya sebagai pelakon pelapis yang berbakat.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
My humour and my determination.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Saya rasa saya nampak seperti umur saya. Tak nak tua tak nak muda.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Saya nak jumpa keluarga lebih kerap sambil kerja, boleh ke? hehehe!
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Full skincare rutin dan chobani yogurt saya!! Dan matcha.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu?
Saya akan pilih untuk berdiam diri terhadap satu perkara dan love fully.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Don’t take things to your heart darling, you’ll be okay.
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Membeli-belah dan bercuti. Saya nak tengok dunia dan belajar benda baru.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Saya nak jadi female Thor!
Apakah definisi ‘happy life’ bagi kamu? How do you pursue it?
Happy life = no worries. Saya cuba untuk tidak stress terhadap benda remeh atau kecil.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Saya belajar untuk menjadi happy on my own dan appreciate my own company.
Kongsikan ucapan buat EH! sempena slang tahun ke-25
Happy birthday EH! Semoga terus melebarkan sayap hingga ke puncak dan mejadi staple and legend di persada antarabangsa.
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin | Penyelaras: Farah Ain, Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Videografi: Jackie Mah, Simon, Syafiq, Zakwan & Azeem | Solekan: KF Bong (menggunakan Sephora Collection) | Dandanan: Juno Ko
Artikel Berkaitan: #EHTOP25 Janna Nick