Chloé menerusi kreasi haruman eksklusifnya, Chloé Atelier mengajak kalian, pembaca EH! untuk sama-sama mendekati tiga aroma barunya dalam suasana yang lebih intim dan eksklusif. Ini juga merupakan Bengkel Wangian pertama anjuran EH! buat pembaca, usah lepaskan peluang ini!
Chloé bukanlah satu nama asing baik dalam dunia fesyen mahupun kecantikan. Malah, haruman Chloé sejak dulu lagi sudah dianggap lazim di kalangan wanita kota yang mahukan wangian yang bernuansa mewah, feminin dan tersendiri.
Dan menerusi Chloé Atelier, mereka membuka ruang untuk para pengguna mencipta aroma menurut kemahuan dan cita rasa masing-masing. Sebagaimana anda memilih jenis-jenis bunga untuk digubah di dalam satu jambangan, sebegitu jugalah konsepnya dalam mencipta haruman bersama Chloé Atelier.
Menerusi Chloé Atelier, mereka memecahkan jenis-jenis bau ini satu-persatu, dari bauan bunga, kayu-kayan dan juga yang berkonsepkan aromatik. Sebelum ini terdapat 12 jenis bau yang boleh dipilih dan tahun ini menyaksikan tiga lagi aroma baharu diperkenalkan. Dan tiga bauan baharu ini adalah 100 peratus bauan semula jadi merangkumi ylang-ylang, narcissus dan juga iris.
Untuk pembaca EH! yang ingin bersama-sama kami mendekati haruman Chloé secara eksklusif, jangan lupa sertai Bengkel Wangian EH! X Chloé pada 29 Jun 2024. Butiran penuh adalah seperti berikut:
Terma & Syarat
- Lengkapkan butiran anda dan klik ‘Sertai Kami!’.
- Hanya 20 pembaca EH! bertuah yang terpilih akan dihubungi dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 48 jam.
- Penyertaan ini terbuka kepada semua wanita warga Malaysia yang berumur antara 18-44 tahun sahaja.
- Pihak EH! dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama dan gambar peserta untuk tujuan promosi dan publisiti.
Isi maklumat anda di bawah untuk menyertai Bengkel Wangian EH! X Chloé