EH! meraikan ulang tahun ke-25 serta acara EH! TOP 25 dengan penuh gemilang di Jio Space. Acara ini dimeriahkan dengan kolaborasi utama bersama SEPHORA, manakala beberapa tetamu yang hadir tampil elegan mengenakan koleksi daripada Longchamp.
EH! 25 tampil dengan tema trendsetter melalui empat era: Y2K, gaya jalanan, sartorialist, dan trend era 2020-an. Tema ini dihasilkan sempena kelahiran EH! pada tahun 1999, dan masih relevan sehingga sekarang. Ia memberikan ruang kepada para tetamu untuk menonjolkan kreativiti dan keunikan gaya peribadi mereka mengikut era yang mereka gemarkan.
Seramai 20 orang tetamu yang hadir pada acara penuh glamor ini tampil memukau dengan koleksi eksklusif daripada jenama terkenal, Longchamp. Daripada selebriti ternama seperti kumpulan Defam hingga ke pempengaruh fesyen popular Sofea Shra, setiap individu menyerlahkan keanggunan tersendiri dengan gaya yang elegan dan sofistikated. Malam itu menjadi satu peragaan gaya yang memukau, dengan setiap tetamu membuktikan bahawa mereka sememangnya “win” dalam dunia fesyen.
EH! tidak ketinggalan untuk berkongsi momen indah serta gaya mempesona para selebriti dan pempengaruh yang melengkapkan malam yang penuh kemeriahan ini dengan sentuhan eksklusif daripada jenama ikonik Longchamp. Jom kita steal the look para tetamu yang hadir dalam longchamp!
Adriana Adnan
Isha Norsham
Eyka Farhana
Azira Shafinaz
Cik Manggis
Yaya Zahir
Ayra Messi
Nina Ariff
Lee Loo
Sharifah Rose
Qasrina
Sophia Liana
Alya Syed
Puteri Aishah
Khainina Khalil
Sofea Shra
Rasyiqah
Malika Johan
Lil Bidadari