Sebagai peneraju majalah urban nombor satu di Malaysia, tahun 2024 menandakan pencapaian penting bagi EH! Malaysia, memperingati 25 tahun keunggulan dalam menyajikan inspirasi dan hiburan kepada jutaan pembaca setia.
Masih jelas dalam ingatan saya ketika saya merupakan salah satu pembaca setia EH! pada masa lalu, ketika ia masih dalam bentuk cetakan sebelum beralih sepenuhnya kepada platform digital. Kini, EH! telah melangkah ke usia 25 tahun dan masih terus setia menyajikan informasi, hiburan, dan inspirasi kepada jutaan pembaca di Malaysia.
EH! telah menjadi peneraju dalam menyajikan konten yang unik dan bermakna kepada pembaca setia. Dalam tempoh 25 tahun ini, EH! telah bekerjasama dengan puluhan hingga ratusan selebriti, memberikan mereka platform untuk menonjolkan bakat dan keunikan mereka, terutama ketika dipilih sebagai wajah muka hadapan majalah EH!. Beberapa selebriti dari seberang juga pernah menjadi tumpuan utama di muka hadapan majalah EH!, mencipta satu pencapaian yang gemilang sepanjang 25 tahun perjalanan EH!
Penghargaan setinggi-tinggi buat pasukan EH! yang telah mengorbankan masa dan kerja keras mereka untuk mencapai kejayaan ini. Tanpa usaha gigih dan komitmen yang tinggi dari individu yang berbakat dan berdedikasi ini EH! Malaysia tidak akan menjadi salah satu media terkemuka di Malaysia. Mereka adalah sumber inspirasi utama yang memastikan setiap elemen, dari halaman hingga artikel, serta setiap konten yang dihasilkan, mempunyai standard dan kualiti yang tinggi.
Sempena meraikan 25 tahun kejayaan EH! Malaysia, saya ingin membawa anda bersama-sama mengimbas kembali wajah selebriti popular yang pernah menghiasi muka hadapan EH! sepanjang 25 tahun EH! berkarya.
1. Dato’ Siti Nurhaliza, 16 Oktober 1999
2. Nasha Aziz, 16 Disember 1999

3. Amy Mastura, 16 Januari 2000

4. Dato Syafinaz, 1 Mei 2000

5. X-Factor, Oktober 2000

6. Maya Karin, Januari 2000

7. Dato’ Sheila Majid, April 2001

8. Che Puan Sarimah Ibrahim, Julia 2001

9. Elly Mazlein, April 2002

10. Ziana Zain, Mac 2003

11. Datin Seri Camelia, April 2003

12. Fauziah Latiff, Mei 2003

13. Dato’ Rosyam Nor, Julai 2003

14. Nur Fazura, September 2004

15. Fasha Sandha, Ogos 2004

16. Nora Danish, November 2004

17. Nabila Huda, Ogos 2005

18. Erra Fazira, September 2005

19. Dian Sastrowardoyo, Disember 2005
20. Dayang Nurfaizah, Mac 2006

21. Misha Omar, Disember 2006

22. Julia Ziegler, Diana Dianelle, Nicholas Saputra, Februari 2008

23. Mulan Jameela, Ogos 2009

24. Diana Danielle, Januari 2009

25. Scha Al-yahya, April 2009

Artikel Berkaitan: #Throwback 25 Video Menarik & Lucu Sepanjang #EH25!


