Bulan Ramadan sering menjadi waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama tersayang dan menikmati momen berbuka dengan lebih bermakna. Minggu lalu, saya berpeluang menginap di Putrajaya Marriott Hotel membawa definisi staycation Ramadan ke satu tahap yang lebih eksklusif, tenang, selesa dan penuh dengan sajian istimewa.
Terletak di IOI Resort City, Putrajaya, hotel ini terkenal dengan konsep resort yang dikelilingi kehijauan serta suasana yang jauh daripada kesibukan kota. Sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang lobi, aura hotel lima bintang ini terus terasa dengan ruang yang luas dan dekorasi moden.
Staycation Ramadan Yang Selesa
Penginapan di Putrajaya Marriott Hotel menawarkan bilik yang luas dan selesa, sesuai untuk mereka yang ingin menikmati staycation singkat sepanjang Ramadan. Setiap bilik direka dengan sentuhan klasik moden, lengkap dengan katil empuk, ruang kerja serta bilik mandi yang dilengkapi bathtub dan shower berasingan.
Suasana yang tenang menjadikan hotel ini pilihan ideal untuk berehat selepas seharian berpuasa. Tambahan pula, hotel ini turut menawarkan kemudahan seperti kolam renang berkonsep resort, pusat kecergasan lengkap serta perkhidmatan shuttle ke IOI City Mall, memudahkan tetamu untuk bersiar-siar atau membeli-belah sebelum waktu berbuka.
Melangkaui Rasa Ramadan Di Zest Lifestyle Restaurant
Kemuncak pengalaman ini pastinya sajian buffet Ramadan. Bertemakan Melangkaui Rasa Ramadan di Zest Lifestyle Restaurant. Konsep buffet tahun ini mengetengahkan gabungan hidangan tradisional tempatan bersama pilihan antarabangsa yang cukup menggoda selera.
Tetamu boleh menikmati pelbagai jenis hidangan bermula daripada sajian klasik Melayu seperti rendang, gulai dan aneka lauk kampung, sehinggalah kepada hidangan grill premium dan pilihan makanan antarabangsa.
Antara hidangan yang mencuri perhatian termasuk Mee Rebus Tulang Rawan yang kaya dengan kuah pekat berempah serta Bee Hoon Sup Warisan Utara yang menyajikan rasa klasik yang cukup comforting. Tidak ketinggalan juga Chef’s Signature Nasi Briyani yang dimasak dengan rempah ratus aromatik, menjadikannya antara menu wajib cuba di buffet ini.
Bagi penggemar hidangan grill, Lidah Bakar Berempah serta Wagyu Skewer menawarkan rasa daging yang lembut dan juicy dengan perapan yang cukup menyelerakan. Sementara itu, hidangan Daging Palembang dari 7 Kawah pula memberikan sentuhan rasa Nusantara yang kaya dengan rempah, dimasak secara perlahan bagi menghasilkan tekstur yang empuk dan penuh rasa.
Pengalaman berbuka ini juga menjadi lebih istimewa dengan sudut pencuci mulut Durian Indulgence, menampilkan pelbagai hidangan berasaskan raja buah seperti Durian Burnt Cheesecake, Cendol Durian, Dodol Durian serta Serawa Durian bersama pulut, pilihan sempurna untuk pencinta durian yang ingin menikmati manisan Ramadan dengan rasa yang lebih istimewa.

Bagi penggemar manisan pula, stesen dessert menawarkan pelbagai pilihan menarik termasuk kek, pastri, puding serta kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai sepanjang Ramadan.
Suasana Berbuka Yang Meriah
Apa yang menjadikan pengalaman berbuka di sini lebih istimewa adalah suasananya yang meriah tetapi tetap selesa. Ruang restoran yang luas memberi keselesaan kepada tetamu untuk menikmati hidangan tanpa rasa sesak. Sama ada berbuka bersama keluarga, rakan-rakan atau rakan sekerja, atmosfera di Zest Lifestyle Restaurant menjadikan momen berbuka terasa lebih santai dan bermakna.
Bagi mereka yang ingin menikmati sajian istimewa ini dengan harga lebih menarik, tawaran Early Bird ditawarkan dari 9 Januari hingga 20 Februari 2026 pada harga RM168 nett bagi dewasa dan RM84 nett bagi kanak-kanak. Selepas tempoh promosi tersebut, harga biasa buffet bermula 21 Februari 2026 adalah RM218 nett bagi dewasa dan RM109 nett bagi kanak-kanak. Dengan pilihan hidangan yang begitu pelbagai serta suasana restoran yang selesa, ia sememangnya destinasi ideal untuk menikmati momen berbuka bersama keluarga dan sahabat sepanjang bulan Ramadan.
Untuk tempahan anda boleh menghubungi 03-8949 8888 atau melalui WhatsApp di +6011-5685 5608. Anda juga boleh menghantar e-mel ke dining.putrajaya@marriothotels.com atau melayari marriottputrajaya.com untuk maklumat lanjut.
Artikel Berkaitan: Senarai Pop Up Raya 2026 Di KL & Selangor









