OLEHENRIKSEN Cold Plunge Pore Remedy Moisturizer
Rahsia disebalik ‘Cold Plunge’ selepas sauna adalah inspirasi disebalik produk terbaru Olehenriksen menerusi Balance Collection, Cold Plunge Pore Remedy Moisturizer. Pelembap ini dikatakan Game Changer dalam rutin penjagaan kulit wajah kerana mengandungi bahan seperti BHA dan LHA sesuai digunakan untuk kulit berminyak hingga kulit kombinasi. Bukan sahaja bertindak membuang sel mati atau pori tersumbat malah mengawal kulit untuk kekal bersinar dan terhidrasi #OleGLOW! Dan untuk sambutan National Hydration Day, bintang media sosial, Bretman Rock turut bersama memastikan bagaimana kulit wajahnya kekal lembap tidak kisah berada dalam apa jua. Kulitnya tetap tampak bersinar berpanjangan hanya dengan Cold Plunge Pore Remedy Moisturizer.