Menurut Google, antara soalan berkaitan kecantikan yang berada di tangga tertinggi dalam carta carian mereka ialah tentang resolusi masalah kulit kering. Melihatkan hal ini secara tidak langsung kita Boleh tahu bahawa masalah kulit kering adalah masalah normal bagi semua orang di seluruh dunia selain masalah kulit berjerawat. Masalah kulit kering ini berlaku atas banyak faktor, ia berkait rapat dengan gaya hidup, habit, apa yang kita makan dan juga cara kita menjaga kulit. Tidak cukup minum air pun boleh buat kulit kering. Di sini EH! kongsikan empat cara asas menangani masalah ini.