Produk esen adalah pelindung kulit efektif dari terdedah pencemaran udara. Kenapa ia semakin meraih tempat di hati peminat K-Beauty.
Dunia kecantikan seakan tidak terhenti malah terus rancak menampilkan produk atau rawatan lebih intensif untuk melindungi kulit muka dan tubuh badan. Trend penggunaan esen sudahpun berada di pasaran. Terkini, ia hadir dengan kesan lebih mengagumkan dan bertahan lama sehingga melindungi kulit selama 24 jam. Ada juga perbaharui ramuan semula jadi ikut kesesuaian kulit muka. Produk esen cukup terkenal dalam kalangan peminat K-Beauty yang sememangnya punya rutin penjagaan kulit muka rapi. Ibarat pelindungan tambahan sebelum anda menyapu sunscreen. EH! Bariskan esen terbaik dari jenama kecantikan terkemuka sebagai panduan anda untuk memilih yang manakah sesuai dengan kulit wajah.