2. Jane Iredale PurePressed Eye Shadow Palette
Pembayang mata baharu dari Jane Iredale ini direka dalam serba warna lima pilihan iaitu, Naturally Matte, Naturally Glam, Solar Flare, Pure Basics dan Storm Chaser. Warna yang dikemas kini suai dengan trend 2023, kesemua pembayang mata ini harus dimasukkan dalam beg beli belah anda. Diuji bebas sensitiviti dan rekaan kotak putih kemasan tepi emas ini muat masuk dalam poket sahaja. Jika bertanya apakah pilihan pengarang digital EH!, saya memilih warna Storm Chaser, kerana ia punyai warna asas lengkap dan gemerlapan yang tampak cool!