3. Hold Me Tight Shampoo
Nah, selain solekan dan penjagaan kulit wajah, rambut juga adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian. Syampu pembersih rambut bebas silikon 0% ini mengandungi Asid Amino dan Lactobacillus, membantu membersihkan urat rambut dan kulit kepala secara lembut, menyuburkan kulit kepala dan membantu mengurangkan rambut gugur. Dirumus khas dengan formula berasaskan Asid Amino, silikon 0% dan 0% sulfat, shampu ini juga baik untuk mengimbangi PH kulit kepala anda. Tidak itu sahaja, syampu ni juga menghasilkan buih mewah berbauan bunga manis dan buah-buahan yang segar.