Kala berada di rumah apa kata tambah rutin penjagaan rambut dengan pupur bersama produk khas punya ramuan eksklusif sesuai untuk semua jenis rambut.
Rambut seperti sedia maklum adalah mahkota wanita baik bertudung mahupun tidak. Oleh itu rambut mainkan peranan penting dalam penampilan wanita. Pernah tak anda berada dalam situasi rambut sudah dua hari tidak cuci dan mulalah kulit kepala mengeluarkan minyak berlebihan atau lebih teruk kelemumur. YA! Perasaan rambut berbau memang tidak boleh bawa bincang! Rutin penjagaan rambut perlulah dilakukan dengan rapi samalah seperti anda menjaga kulit wajah.
Selain syampu dan perapi, apa kata anda tekankan rutin memupur rambut dengan lebih rapi. Pupur rambut ini membantu rambut lebih sihat dan bersinar dalam jangka masa yang lama. Memberi khasiat tambahan pada rambut terutama bagi jenis rambut yang terdedah dengan haba daripada alatan pengayaan rambut atau warna rambut.
Artikel berkaitan Resipi Pupur Rambut Dari Dapur Rumah
Setiap pupur punya kelebihan dan intipati tersendiri, EH! Bariskan jenama pupur rambut dalam merawat secara intensif kala berada di rumah.