Biarlah ambil masa sejam di bilik mandi kerana itulah masa paling kemuncak untuk anda lakukan aktiviti “Me Time”! Pilihlah skrub badan terbaik sambil hilangkan stress di rumah.
Terasa ringan badan sesudah selesai skrub badan! Habis segala kotoran daki dan sel kulit mati. Kulit lebih bersih dan lembut atau jika anda perasan jika kerap skrub badan, kulit akan lebih cerah. Di musim PKP ini, seeloknya anda buat satu rutin baru untuk beli masa bosan berada di rumah. Kini, bukan masanya untuk mengenang momen saat boleh keluar bebas dan berkunjung di pusat kecantikan. Percayalah, dengan buat sendiri di rumah lebih rutin itu lebih menarik.
Kenapa kita perlu kerap skrub badan? Skrub ini berfungsi sebagai singkirkan sel kulit mati dan buang kotoran yang tersumbat, lalu memudahkan proses seterusnya iaitu sapu losen badan kerana ia mudah serap dengan cepat. Tahukah anda, kulit tumbuh kembali selama 14- 21 hari tetapi bergantung pada umur dan gaya hidup. Jika anda amalkan gaya hidup tidak sihat, kulit akan terus kusam dan makin susah untuk proses membersihkan struktur kulit dengan cepat.
Skrub boleh dilakukan setiap 2 minggu sekali. Jangan terlalu kerap kerana jika kulit terhakis lebih dalam ia mungkin datangkan iritasi pada permukaan kulit. EH! Bariskan 4 produk skrub badan perlu berada di dalam kamar mandian anda.
Fenty Skin Buff Ryder Exfoliating Body Scrub
One level up! Badan juga merupakan aset penting wajib dititikberatkan. Fenty Skin menampilkan produk terbaru Buff Ryder Exfoliating Body Scrub. Inspirasi mewah percutian tropikal cukup gambarkan kala bercuti tepian pantai. Tekstur skrub badan Buff Ryder tidak terlalu kasar mudahkan proses buang kotoran degil ada kulit malah seperti kulit baru. Rihanna cukup sinonim dengan gaya ‘Island Gyal’ sentiasa inginkan penjagaan kecantikan yang sihat, bersinar dari hujung rambut ke hujung kaki. Uniknya skrub, mudah dibersihkan meninggalkan hasil yang luar biasa. Sesuai untuk semua jenis kulit dan bahan aktifnya inspirasi dari Caribbean iaitu Ceri Barbados, minyak kelapa, buah delima, betik dan enzim nenas. Cukup lengkap berada dalam kategori Clean, Vegan, Gluten-free dan cruelty-free.