Arena Wan atau mesra disapa Ary sudah memulakan langkah ke dalam dunia seni sejak tujuh tahun yang lalu. Diselang-seli dengan ‘tugas’ sebagai pempengaruh menerusi kemunculan di pelbagai acara dan muat naik di media sosial, Ary dilihat konsisten dalam mengatur langkah kerjaya sebagai pelakon. Siri terbaru ‘Generasi: Perfect 10’ nyata berjaya meletakkan figura ini sebagai salah seorang aktres pelapis yang akan bersinar di masa hadapan.
Sejauh mana keterujaan tentang kehidupan kamu hari ini?
Saya mula belajar untuk menghargai di mana saya hari ini berbanding mengejar apa yang menanti di masa mendatang. Ini adalah fasa untuk saya belajar dan berkembang.
Hal terbaik berlaku tahun ini?
Semestinya Generasi: Perfect 10. Melihat siri ini akhirnya ditayangkan dan diberitahu yang ramai orang terasa dekat dengan watak ‘Ezie’ yang saya bawa. Dan merasai kehadiran saya sebagai pelakon akhirnya disedari selepas tujuh tahun berada di dalam industri.
Siapakah individu termasuk insan di dalam industri yang memberi inspirasi?
Ibu sentiasa menjadi inspirasi, dia mendidik saya untuk menjadi kuat melalui kelembutan. Jika di dalam bidang seni, saya melihat Nabila Huda sebagai inspirasi kerana bagi saya dia berlakon dengan penuh kejujuran, tak berpura-pura. Dia tak takut untuk tunjuk kelemahan. That kind of rawness inspires me. She’s so real!
Bagaimana kamu kekal bermotivasi dan berinspirasi?
Saya selaluy mengingatkan diri mengapa saya bermula. Bila penat, saya ambil satu langkah ke belakang dan reflek dan berfikir sebab-sebab saya jatuh cinta dengan apa yang saya lakukan hari ini.
Cara kamu merehatkan diri?
A day off to myself! Atau boleh jadi seminggu… hahaha! Pergi ke salon, rawatan wajah atau berurut. Senang cakap sehari tanpa kerja dan saya boleh buat apa yang saya mahukan. Ada masanya saya lebih suka bersendiri, duduk di rumah menonton filem dengan sheet mask di muka dan juga menikmati iced chocolate. Ada waktunya meluangkan masa bersama teman-teman, mungkin ke karaoke atau short road trip!
Apakah perkara paling mencabar yang pernah kamu lakukan?
Bagi saya perkara paling mencabar bukanlah berkaitan dengan tempat, paling mencabar adalah membuat keputusan. Saya memilih untuk mengejar sesuatu yang saya suka walaupun ia sesuatu yang tak pasti, criticism and the fear of not being ‘enough’. Tapi keputusan atau pilihan yang saya buat itu merubah semuanya. Ia mengajar saya untuk berani, resilience dan bagaimana untuk mempercayai diri sendiri. Itulah adventure yang saya lalui setiap hari.
Pernahkah kamu diminta mengubah sesuatu tentang diri kamu?
Yes! “You’re too emotional.” “You’re too sensitive.” Tapi sejujurnya emosi saya adalah superpower saya. Ia membuat saya punya lebih empati, lebih manusia dan menjadi lebih baik dalam apa yang saya lakukan.

Apakah erti kejayaan bagi kamu?
Peace, fulfilment! Perasaan bila saya tidur dan sedar yang saya menjadi diri sendiri. Tahu yang kerja-kerja saya mampu membuat seseorang rasa disedari. Jika kerja saya boleh membuat orang berasa senang, terinspirasi atau pun menyentuh hati mereka. Impak itu yang lebih penting. Itu kejayaan sebenar bagi saya.
Apakah perkara terbesar yang kamu pelajari tentang diri kamu tahun lalu?
Saya tak perlu berasa kuat sepanjang masa. Kelembutan itu juga satu kekuatan. Kadang-kadang melepaskan sesuatu itu juga perlu untuk berkembang.
Sejauh mana proses kreatif berubah secara peribadi?
Saya berhenti mengejar kesempurnaan. Hari ini saya menghasilkan sesuatu dengan rasa jujur, perasaan yang sebenar, ada celanya, cerita yang benar. Perasaan itu lebih membumi dan lebih dekat dengan diri.
Apakah isu semasa yang paling dekat dengan diri kamu ketika ini?
Kesihatan mental dan keterbukaan emosi. Saya rasa generasi hari ini perlukan lebih banyak ruang yang selamat untuk meluah perasaan, bercerita dan menjadi diri sendiri.
Apa perkara utama yang membezakan generasi kamu berbading dengan generasi lain sebelum ini?
Secara emosinya kami lebih peka, lebih terbuka. More willing to heal. Kami memecah kitaran hidup yang biasa, meletakkan sempadan dan meletakkan diri sendiri sebagai keuatamaan.
Bagaimana kamu menyeimbangkan antara kepekaan isu sosial semasa dengan ketenangan diri sendiri?
By choosing my battles wisely. Kita tak perlu bereaksi dengan semua perkara. Melindungi energi sama penting dengan menyuarakan pendapat.
Apakah salah faham lazim tentang pekerjaan kamu?
Semuanya sudah tersedia untuk saya. Hakikatnya saya belajar sendiri, melalui semua proses dan sedaya upaya berikan yang terbaik. I just carry my chaos well.
Apakah nasihat yang akan kamu berikan kepada orang yang merasakan suara mereka tidak dianggap penting?
Suara kamu penting kerana itu suara kamu. Katakan yang benar walaupun dalam kelembutan atau dalam ketakutan. Seseorang di luar sana mungkin patut mendengarnya.
Apakah plan kerjaya dalam masa terdekat?
Saya rasa saya berada di fasa yang saya mahu lebih memahami diri sendiri. Apa yang saya perlu, apa yang saya rasa dan apa yang mahu saya protect. Saya belajar untuk meletakkan sempadan, listen to my body, dan berhenti apologising kerana meletakkan diri saya sebagai keutamaan. Sebagai manusia, saya mahu berkembang dengan lembut dan keberanian dalam masa yang sama.
