Figura ini bukanlah asing di pelbagai acara fesyen dan kecantikan sekitar kota sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Dia dan dua sahabatnya, Tisya Ong dan Nina Arif (The Hustlepuffs) sering saja berganding bertiga memeriahkan acara. Arisa Soraya, gadis berbintang Gemini dan berasal dari Kuala Lumpur ini konsisten menerbitkan pelbagai content berkait fesyen dan kecantikan, dan dia bukan sekadar mempertaruhkan penampilan yang menarik semata, bila berbual dengannya kita tahu dia seorang yang pintar, tegas dan tahu apa yang dia mahukan dalam hidup.
Dalam skala 1-10, sejauh mana keterujaan tentang kehidupan kamu hari ini?
Saya boleh katakan 9. Saya berada di tahap ‘everything’s starting to make sense’. Apa yang saya lakukan hari ini adalah benda yang saya suka, dikelilingi energi yang bagus, dan hari ini saya di fasa yang cukup tenang dengan kehidupan. Dalam masa yang sama saya teruja menantikan hal-hal yang akan berlaku di masa hadapan.
Hal terbaik berlaku tahun ini?
Semestinya menjadi sebahagian daripada kempen Habib GEMFEST & Merdeka. It felt really full-circle. Satu momen yang membanggakan saya sebagai rakyat Malaysia bila saya berpeluang terlibat di dalam sesuatu yang cukup bermakna. Selain dari itu, mungkin tersenarai dalam #EHTOP20, it has always been a silent dream of mine dan tak sangka akhirnya ia menjadi kenyataan. Super grateful.
Siapakah individu yang banyak memberi inspirasi sewaktu kamu membesar?
My mom! Dia adalah orang yang paling tenang yang saya kenali, dia punya kekuatan yang amat bersahaja yang memang saya kagumi. Dari segi kreativiti pula, saya sering terarah kepada wanita yang secara senyapnya berkuasa seperti Zendaya dan Sofia Richie; graceful, grounded and true to themselves.
Siapa pula inspirasi dalam bidang yang kamu ceburi?
Emma Chamberlain. Dia seorang yang jujur, kelakar dan punya kebolehan yang sangat bersahaja dalam menjadikan sesuatu momen itu satu seni. Bagi saya, that’s something I really connect with.
Bagaimana kamu kekal bermotivasi dan berinspirasi?
Dengan memerhati kehidupan di sekeliling saya. Manusia, tempat, suasana.Saya kutip hal-hal kecil di mana-mana sahaja. Dan saya ada kumpulan rapat saya, terutama The Hustlepuffs — kami saling memberi inspirasi satu sama lain.
Cara kamu merehatkan diri?
Bersendiri atau quiet time. Sama ada memandu seorang diri sambil mendengar muzik atau percutian singkat ke tempat yang tenang seperti Banjaran. Kadang-kadang saya hanya perlu “hilang” seketika untuk recharge.
Apakah perkara paling mencabar yang pernah kamu lakukan tahun ini?
Melibatkan diri dalam aktiviti menunggang kuda tahun ini. Ia sesuatu yang selalu saya sebut, tapi tak pernah melakukannya sampailah sekarang. Oh, dan akhirnya saya mendapatkan lesen memandu, rasa surreal dan memang sudah tiba masanya!
Pernah kamu diminta mengubah sesuatu tentang diri kamu?
Ya, dan untuk satu tempoh saya percaya saya perlu melakukannya. Tetapi kini saya sedar bahawa setiap versi diri saya sama ada yang loud, messy, and growing ones– semuanya cukup bernilai, still worthy of love and space.

Apakah mantra kejayaan anda?
Saya percaya bahawa segala yang ditakdirkan untuk saya akan tiba kepada saya, selagi saya punya niat yang baik. Saya belajar bahawa kejayaan paling bermakna adalah apabila ia selari dengan ketenangan, bukan tekanan.
Apakah perkara terbesar yang kamu pelajari tentang diri kamu tahun lalu?
Rehat bukan bererti malas atau tidak produktif. Dulu saya sering rasa bersalah apabila memperlahankan diri, tetapi kini saya melihatnya sebagai sebahagian daripada proses untuk lebih berkembang.
Sejauh mana proses kreatif berubah secara peribadi?
Hari ini saya boleh katakan ia lebih berfokus. Saya tidak lagi memuat naik sekadar untuk muat naik semata. Saya cuba berkarya apabila saya benar-benar rasa ia sesuai, dan apabila ia mempunyai nilai sebagai sebuah cerita.
Apakah isu semasa yang paling dekat dengan diri kamu ketika ini?
Memperkasa wanita muda dalam ruang kreatif, terutamanya di Malaysia. Saya mahu gadis-gadis di Malaysia melihat bahawa industri ini juga mempunyai ruang untuk mereka.
Apa perkara utama yang membezakan generasi kamu berbading dengan generasi lain sebelum ini?
Kami mengutamakan keseimbangan dan keaslian (authenticity). Kami bukan sekadar mengejar gelaran tetapi kami mengejar erti dan tujuan.
Bagaimana Arisa menyeimbangkan antara kepekaan isu sosial semasa dengan ketenangan diri sendiri?
Dengan terus peka tetapi tidak membiarkannya menguasai saya. Saya bersuara di mana saya mampu, tetapi saya juga tahu bila untuk “log off” dan bernafas.
Apakah salah faham lazim tentang pekerjaan kamu?
Bahawa ia mudah. Ia mungkin nampak bersahaja di media sosial, tetapi di belakang tabir ada proses merancang, merakam, menyunting, perbincangan. Ia sebenarnya memang sebuah kerjaya atau karier.
Apakah nasihat yang akan kamu berikan kepada orang yang merasakan suara atau pendapat mereka tidak dianggap penting?
Seseorang di luar sana memerlukan cerita anda, sama seperti diri anda sekarang. Jadi jangan kecilkan diri semata untuk menyesuaikan diri. Yakinlah untuk bersuara.
Apakah plan kerjaya kamu dalam masa terdekat?
Lebih banyak mengembara, lebih banyak berkarya, dan mahu berasa lebih tenang. Saya hanya mahu terus berkembang dengan cara yang jujur kepada diri saya
Arahan Kreatif & Penata Gaya: Khairul Abidin, Arahan Seni: Amirul Arif, Fotografi: Edmund Lee, Hexa Production, Penata Gaya: Erdina, Pembantu Penyelaras: Farah Ain, Solekan: Japhet Bong, Dandanan: Cody Chua
BACA: #EHTOP20 Eros Erfe
