Sejak dulu lagi Bella Hadid sudah menunjukkan bahawa dia sangat menyenangi denim. Menyoroti gaya-gayanya sebelum ini memang banyak dia bergaya sedondon denim. EH! senaraikan tujuh penampilan denimnya yang menjadi kegemaran kami.
JUMPSUIT DENIM
Kalau badan dah cantik dan langsing begini, pastinya sangat sesuai menggayakan jumpsuit denim sebegini. Potongan jumpsuit ini buatkan penampilan Bella Hadid lebih langsing dan kakinya nampak lebih panjang. Ini gayanya sewaktu keluar pulang selepas pertunjukan Victoria’s Secret pada tahun 2017.
GAYA OVERSIZED
Serba serbi longgar dan Bella memadankan tiga ceraian denim; seluar, kemeja dan jaket labuh. Gaya ini sangat cool dan pilihan sedondon denim Bella ini semuanya dari Balenciaga. Rambutnya pula dibiar lepas dengan tekstur yang malas-malas, membuatkan keseluruhan gaya serba-serbi kena.
GAUN DENIM
Bagi gaya yang lebih anggun, Bella Hadid memilih gaun denim dengan sentuhan edgy pada kemasannya. Perincian carik dari atas ke bawah membuatkan gaya denim ini seimbang antara elegan dan edgy. Padanan but hitam menjadi suntikan cool pada gaya keseluruhan.
3 PIECE DENIM
Bukankah sudah dibilang yang Bella memang sukakan denim. Inilah buktinya, dia menggayakan denim dari atas hingga ke bawah. Apa yang menjadi tarikan padu-padannya ini tentulah korset denim. Chic and cool!
AKSESORI DENIM
Selain berpakaian sedondon denim, Bella juga melengkapkan penampilan dengan tas tangan denim. Kemunculannya ini adalah sewaktu melintasi pentas peragaan Givenchy.
DARK DENIM
Ini antara gaya Bella dalam denim yang saya suka dan saya fikir mudah untuk ditiru. Jaket denim berzip dalam potongan longgar dan celana potongan slim yang sangat kena dan sesuai dengannya. Jika diperhatikan di sebalik jaket denim itu, Bella ada menggayakan blazer hitam.
BOHO CHIC!
Saya kira ini gaya yang sangat ‘loose’, berunsur boho. Penampilan Bella Hadid yang ini sangat selesa dan tak semua orang boleh bawa look sebegini dengan baik. Saya kira personaliti Bella yang cool (juga fizikal tubuhnya) membuatkan dia nampak sangat bersahaja.