Acara EH! TOP 20 mengangkat tema Denim Unleashed berlangsung dengan meriah hasil kerjasama bersama jenama jean popular, LEE.
Mengukuhkan statusnya sebagai simbol keaslian yang terkenal sejak 1889, Lee, jenama jean berinovasi mencipta karya ikon yang relevan sehingga kini. LEE suatu ketika dulu memang hangat di senario fesyen muda-mudi di Malaysia. Namun dalam tidak sedar jenama ini menyepi seketika. Hinggalah beberapa tahun kebelakangan ini LEE menjadi hangat di Korea Selatan dan bahang LEE kembali menghangatkan atmosfera fesyen di Malaysia. Jadi, apabila LEE berminat untuk bekerjasama dengan EH! TOP 20, pastinya ini satu kolaborasi yang cukup sempurna!
EH! juga berkolaborasi dengan lima artis grafiti untuk menjayakan EH! TOP 20. Setiap helaian jaket denim LEE di-customize oleh pelukis grafiti untuk diberikan kepada 20 bakat hebat pada malam itu.
LEE memperkenalkan Buddy Tour Collection. Koleksi persalinan yang memberi tumpuan pada helaian yang mesra aktiviti luar. Keselesaan menjadi titik tumpu dalam pemilihan fabrik dan juga rekaan. Para selebriti pada malam tersebut memeriahkan acara EH! TOP 20 dengan menggayakan koleksi persalinan LEE.
Jangan lupa kunjungi butik LEE di IOI Mall Putrajaya dan anda juga boleh mengikuti @leejeansmy di Instagram untuk kemas kini mahupun promosi terkini.
Baca: Parti #EHTOP20 Cukup Lit Dengan Kehadiran Selebriti Yang Mengangkat Tema Denim Unleashed