Menjalin kerjasama dengan LEE, jom rebut peluang untuk menghadiri styling session bersama DeFam pada 30 November ini di Butik LEE, IOI City Mall, Putrajaya.
Buat 10 pembaca EH! bertuah, kami akan membuka ruang selama dua jam untuk anda sama-sama menghadiri styling session dari helaian jenama jean terkenal, LEE bersama artis berkumpulan tersohor, DeFam yang dianggotai oleh Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.
Istimewa untuk pembaca EH!, anda berpeluang untuk mempelajari tip dan trik suai padan denim berilhamkan koleksi yang terdapat dalam butik LEE yang tentunya selari dengan arus fesyen semasa.
Menerusi styling session bersama label denim yang mula diperkenalkan sejak 1889 ini anda juga berpeluang memiliki cenderahati istimewa bernilai RM250 hanya dengan bayaran sebanyak RM30 sahaja.
Usah lepaskan peluang untuk menyertai styling session eksklusif ini di Lee Jeans Malaysia, LG 204 (New Wing) IOI City Mall Putrajaya!
Terma & Syarat
- Daftar butiran anda.
- Hanya 10 pembaca EH! bertuah yang terpilih akan dihubungi dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 48 jam.
- Penyertaan ini terbuka kepada semua wanita warga Malaysia yang berumur antara 18-44 tahun.
- Pihak EH! dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama dan gambar peserta untuk tujuan promosi dan publisiti.