Sering mempamerkan gaya vintaj yang tiada tolok bandingnya, adalah menjadi kelaziman setiap pereka denim hari ini menampal imej Puteri Diana dalam padanan denim sebagai inspirasi pada papan mood mereka.
Tidak dapat dinafikan bahawa gaya fesyen Puteri Diana sangat mendahului zaman, pilihan fesyen ikoniknya yang tidak dapat disangkal terus mengekalkan pengaruh fesyennya sehingga ke hari ini. Menunjukkan kekagumannya terhadap fabrik ini, dia sering dilihat mengenakan denim pada momen senggangnya.
Memancarkan keanggunan dan pesona dalam setiap gaya fesyen sama ada dia menyerikan acara gala atau menjalankan tugasnya, pilihan pakaiannya secara konsisten memancarkan cita rasa bergaya yang tiada tandingan.
Pengaruhnya dalam hal berfesyen akan berterusan selama beberapa generasi mendatang kerana trend yang diwujudkan sentiasa muncul semula secara kitaran dalam dunia fesyen terutama sekali, penguasaannya terhadap denim. Oleh itu, disajikan di sini estetika denim tersendiri Puteri Diana.
Gaya ‘Ringan’.
Sentiasa mempunyai hubungan yang mendalam dengan pilihan denimnya, daya tarikan Diana sentiasa berkembang. Dari jalan-jalan di Kota London sehingga ke rutin harian menghantar anak-anak ke sekolah, Puteri Diana dengan mudah menjelmakan gaya yang menangkap mata.
Pada tahun 1992, Diana mempamerkan keanggunan berkekalan apabila dia mengenakan denim berpinggang tinggi dan flat feminin, gabungan yang melangkaui stail era itu! Dengan pilihan t-shirt yang santai, seluar jeans dan tali pinggang, padanan ini memancarkan keaslian Diana dalam berfesyen, segera menawan dan hangat secara telegenik.
Denim dan But Koboi.
Dalam gambar yang dirakam di Kelab Polo pada tahun 1988, Puteri Diana, menyarungkan sepasang jean berwarna biru yang diselitkan ke dalam but koboi, baju sejuk kru leher putih yang disulam dengan belon merah gergasi, diiringi dengan blazer over-sized, dia memakai topi yang menyerlahkan rambut perangnya.
Ensembel khusus ini melambangkan intipati seorang tokoh diraja yang berpakaian untuk kepuasannya sendiri, Puteri Diana memancarkan keselesaan sepenuhnya dalam pilihan jeansnya.
Imej Ringkas Denim.
Apabila bercakap mengenai gaya ‘timeless’ dalam fesyen, kerap dilihat Diana menghiasi dirinya dengan menyalurkan suasana kasual namun bergaya, memilih gaya denim yang santai, dia menunjukan kebolehannya mengubah jeans berpinggang tinggi menjadi satu gaya yang versatil, melalui gabungan blaus putih yang dipadankan bersama tali pinggang yang ditenun halus, dan sepasang loafer, dia memberikan gaya visual yang tidak dapat dilupakan dalam fesyen yang telah melangkaui generasi.
Denim Overall
Menggabungkan keselesaan dan kecanggihan dalam gaya kasualnya yang terus berfungsi sebagai rujukan berpengaruh dalam fesyen kontemporari. Pada masa ini, kebangkitan semula denim overall telah menghidupkan semula aura mudah dan tidak formal dalam fesyen.
Mementingkan keselesaan dalam berfesyen, Diana sering memilih denim overall sebagai pelengkap gaya hariannya. Di sini, Diana memilih overall denim biru muda dengan tali putih, dilengkapi dengan tee berbutang putih dan loafer berwarna metalik yang memikat mata yang tertumpu.
Gaya Mix & Match.
Satu perkara yang Diana suka lakukan dengan denimnya ialah mencampur dan memadankannya untuk semua jenis majlis. Dia lazim muncul dengan denim berwarna cerah dan santai, digandingkan dengan sepasang kasut kasual berwarna biru, semuanya dengan mudah dilengkapkan dengan blazer yang disesuaikan dengan bergaya. Padanan ini merangkumi lambang gabungan harmoni elemen kasual dan halus, menghasilkan gaya ensembel seimbang yang sempurna.
Artikel Berkaitan: 5 Idea Suai Padan Denim Hailey Bieber