Denim merupakan pilihan mudah dan sesuai digayakan dalam gaya harian. Kini, karpet merah juga menjadi pilihan selebriti untuk menggayakan denim.
Secara umumnya, denim mungkin bukanlah perkara pertama yang terlintas di fikiran apabila ke karpet merah kerana ia dianggap biasa, terlalu sinonim sebagai helaian basahan. Agak jauh bezanya dengan karpet merah, yang mana para selebriti biasanya menghabiskan masa berjam-jam bersiap untuk tampil sempurna. Pasangan ikonik suatu ketika dulu, Britney Spears dan Justin Timberlake menggemparkan dengan memakai denim dari atas hingga bawah di karpet merah yang menjadi inspirasi selebriti hingga kini.
Selebriti-selebriti ini membuktikan bahawa denim juga sesuai dipakai di mana-mana acara. EH! menyusun 11 penampilan denim selebriti Hollywood yang menangkap mata!
1. Taylor Swift
Penyanyi terkenal yang disayangi ramai, Taylor Swift hadir ke MTV Video Music Awards, menggayakan dress mini denim berpanel, dilengkapi aksesori dan kasut tumit tinggi silver. Solekan Taylor pada malam itu semestinya penggaris mata dan gincu merah ikoniknya.
2. Rihanna
Rihanna menyerlah dalam gaun labuh belah tepi berlengan panjang dan but padanan gaun di karpet merah CinemaCon 2023. Bintang itu menaikkan seri gayanya malam itu dengan aksesori berlian dan sapphire.
3. Hunter Schafer
Bintang siri popular Euphoria, Hunter Schafer kelihatan campuran edgy dan elegan dalam gaun maxi denim potongan duyung. Rambut stail basah, dan pembayang mata grafik, dilengkapi dengan aksesori cukup membuatkan Hunter menyerlah di karpet merah Vanity Fair Oscars.
4. Miguel
Miguel, penyanyi dan penulis lagu memakai jaket denim ber-hoodie, tank top putih disebalik jaket dan seluar jean. Dilengkapi dengan cermin mata dan aksesori silver, superstar itu sungguh stylish di 65th Annual GRAMMY Awards.
5. Katy Perry
Pada 56th Annual CMA Awards, Katy Perry menggayakan korset denim potongan ‘V’ di bahagian dada dan sepasang seluar jean dengan bow besar di bahagian pinggang seluar. Katy menyerlahkan lagi gayanya dengan rantai chocker dan kasut tumit tinggi berkilau.
6. Dakota Johnson
Dakota Johnson, menghadiri karpet merah di 2023 Sundance Film Festival dengan three piece denim, menggayakan denim dari atas hingga ke bawah. Korset digayakan dengan baggy jeans dan jaket labuh membuatkan gaya itu seimbang antara elegan dan edgy.
7. Kanye West dan Julia Fox
Kanye West dan bekas kekasihnya, Julia Fox menghadiri karpet merah dengan memakai gaya denim on denim. Kanye memakai jaket dan seluar jean dilengkapi but tinggi hitam, sarung tangan dan cermin mata yang menjadi suntikan ranggi pada gaya keseluruhan.
Julia pula mengenakan cropped jacket bersama seluar jean dan but jean padanan gayanya itu. Dia juga memilih tas tangan, anting-anting besar emas dan solekan mata ikoniknya berona hitam untuk melengkapkan look pada waktu itu.
8. Maya Hawke
Bintang siri Stranger Things, Maya Hawke memakai jaket denim dan high waisted jeans potongan lebar semasa menghadiri karpet merah. Apa yang menjadikan gaya tu lebih menyerlah ialah perincian butang emas pada kedua-dua jaket dan seluar jean. Sofistikated!
9. Kim Petras
Penyanyi duet Sam smith dengan lagu ‘Unholy’, Kim Petras hadir ke karpet merah AMAs 2022 dengan memakai gaun denim meleret inspirasi daripada gaun denim Britney Spears, 2001. Kim menambah aksesori rantai untuk Padanan tali pinggang dan tas tangan sepadan gaunnya menjadi suntikan pada gaya keseluruhan.
10. Jodie Smith-Turner
Jodie memakai gaun denim meleret dicantum zip silver di belakang menunjukkan gayanya yang chic. Untuk memadankan gaun itu, Jodie menyolek matanya dengan eyeliner dua tona biru dan aksesori silver.
11. Garcelle Beauvais
Garcelle menghadiri karpet merah dengan memakai kot labuh belah depan dengan perincian berbulu di bahagian atas kot. Garcelle melengkapi gayanya dengan tas tangan, but bertumit tinggi denim dan anting-anting silver.