Faktor kesihatan dan keselamatan penting dalam merancang hari bermakna anda. Penjagaan kesihatan di samping melakukan aktiviti bermanfaat dapat mempersiapkan diri menghadapi hari bahagia anda dengan lebih tenang dan gembira. Ikuti 11 tips sihat dari EH! buat bakal mempelai.
PEMAKANAN SIHAT Makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Hadkan pengambilan makanan dan minuman berkalori tinggi, gula, garam, lemak dan lupakan alkohol. Pilih snek rendah lemak dan minuman rendah kalori juga pencuci mulut untuk tetamu anda.
BEBAS ROKOK Pilih lokasi bebas asap untuk majlis perkahwinan juga kala melakukan aktiviti lain. Menghidu asap rokok menyebabkan masalah kesihatan yang anda hadapi hampir menyamai kesihatan si perokok.
ELAK KECEDERAAN Pakai pakaian yang selesa agar tidak menjejaskan cara anda berjalan, berdiri atau menari. Pastikan kasut dan pakaian anda dikenakan dengan sempurna untuk mengelakkan dari terjatuh. Seeloknya pakaian diukur mengikut keselesaan badan sebelum memilih ia menjadi busana perkahwinan.
DAPATKAN PEMERIKSAAN Buat temu janji bersama doktor dan lakukan ujian serta pemeriksaan yang diperlukan mengikut umur, jantina dan sejarah kesihatan. Ujian kesihatan yang kerap boleh membantu mengenal pasti masalah kesihatan malah bisa mencegah sesetengah masalah sebelum merebak.
PERJALANAN SELAMAT Jika anda ingin berbulan madu, pastikan perjalanan dan lokasi percutian selamat untuk dikunjungi. Jika anda mahu ke luar negara, ambil semua vaksin yang diperlukan mengikut kesesuaian tempat. Sentiasa memakai tali pinggang keledar semasa menunggang kenderaan bermotor.
Jangan lupa dapatkan EH! edisi Jun ini untuk 6 lagi tips kesihatan yang menarik!