Usah risau jika anda tidak berkemampuan untuk ke gim demi mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Bersenam sebenarnya tidak memerlukan kos yang banyak. Asalkan anda bijak menggunakan barang-barangan sedia ada di rumah. Tetapi, bagaimana? EH! ada jawapannya!
[tab: Cara 1]Botol mineral
Isikan dua botol mineral dengan air atau pasir. Menggunakan kedua-dua belah tangan, genggam botol-botol itu dan angkatkannya seperti anda mengangkat dumbbell. Botol yang berfungsi sebagai pemberat ini mampu menguatkan lagi otot di bahagian lengan. Apatah lagi jika senaman ini dilakukan secara kerap dapat menjadikan lengan anda kelihatan lebih menawan. |
Baldi
Baldi sebenarnya boleh digunakan sebagai obstacles anda. Caranya, lompat melepasi baldi berkenaan berulang kali. Senaman ini dapat mengaktifkan otot di bahagian peha dan betis selain menjadikan kaki lebih toned. Mudah, bukan? |
Tangga
Berlari sambil menaiki dan menuruni anak tangga adalah satu lagi senaman paling berkesan. Ini kerana otot di seluruh bahagian kaki akan bertambah kuat selain memecahkan lemak di bahagian punggung. Apabila seluruh badan bergerak aktif, perjalanan darah juga menjadi lebh lancar. Satu lagi tip, usah gunakan eskalator ataupun lif untuk ke pejabat sebaliknya gunakan tangga! |
Basuh kereta
Lupakan niat anda untuk membasuh kereta di pusat carwash. Adalah lebih baik jika anda membasuh sendiri kereta kesayangan anda. Selain membuatkan seluruh badan berpeluh, pergerakan aktif ini boleh bertukar sebagai sesi memanaskan badan sebelum anda membuat senaman yang lebih berat. Kereta menjadi lebih bersih, anda juga tampil lebih sihat! |