Teks: Anis Hanini
Membuat hubungan dengan seseorang bukan sesuatu yang mudah terutamanya jika anda seorang yang pendiam mahupun pemalu. Jadi jika anda bertuah untuk berkawan dengan seseorang, pastinya anda ingin memastikan persahabatan tersebut kekal selama mana yang boleh. Namun pernahkah terlintas dalam minda sekiranya sahabat tersebut benar-benar ikhlas atau dia berkawan dengan anda atas sebab tertentu? Ada beberapa cara untuk anda tahu, antaranya:
MEREKA HANYA MEMILIH ORANG YANG PUNYAI ‘KUASA’
Individu yang ikhlas akan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat mahupun darjat. Mungkin kebetulan sahabatnya seorang yang berpangkat besar, itu tidak menjadi masalah namun jika persahabatan hanya ditaburkan dengan kata-kata ibarat ‘mengipas’ tanpa dihemburkan kritikan negatif walaupun sahabatnya membuat salah, seharusnya anda mempertimbangkan kembali persahabatan tersebut.
MEREKA KUAT BERGOSIP
Well… it is everyone’s past time guilty pleasure. Namun mereka yang ikhlas berkawan lebih gemar mengekspres pendapat mereka secara terbuka berbanding ‘fake people’ yang gemar bercerita buruk di belakang sahabat. Mereka yang berpura-pura juga enggan menyampaikan pendapat walaupun ia digalakkan dan lebih gemar menyebarkan gosip mahupun desas-desus tentang orang lain.
MEREKA TIDAK DAPAT KEEP UP DENGAN JANJI
Cara paling mudah untuk tahu sama ada sahabat anda ikhlas ataupun tidak adalah pabila mereka berjanji, mereka akan menunaikannya walaupun lambat. Berbanding dengan mereka yang berpura-pura, mereka lebih gemar membuat komitmen namun enggan terikat. Sekiranya anda mengungkit perihal ini, mereka enggan mengaku mereka pernah melakukan perjanjian tersebut.
MEREKA GEMAR MENUNJUK
Tidak salah jika anda berasa bangga dengan pencapaian anda terutamanya setelah bekerja keras untuk mendapatkannya. Namun orang yang berpura-pura sentiasa gemar menunjuk-nunjuk dan sanggup mencuri kredit buat dirinya agar tampak lebih bagus berbanding orang lain. Mereka yang ikhlas kebanyakannya lebih merendah diri dan gemar kerjanya ‘bercakap’ bagi pihaknya, dan tidak berminat untuk mencuri tumpuan.