Angelina Jolie, Heidi Klum, Kim Kardashian…Oh, nama-nama itu memang dicemburui! Bukan saja kerana bakat yang dimiliki tetapi juga disebabkan kecantikan mereka yang cukup sempurna lagi memukau.
Tubuh yang slim bak Angelina, kulit yang cantik dan glowing bak Heidi serta rambut yang lebat persis Kim…the perfections are truly amazing! Ikuti tips menarik EH! ini untuk memerangi cela di tubuhmu!
![]() |
Keguguran rambut Rambut yang cantik, lebat dan ikal hanya menyerlahkan lagi kecantikan seseorang wanita. Dianggap sebagai mahkota, rambut menjadi ‘aset’ penting bagi melengkapkan lagi kecantikan semulajadi pada wajah. Tetapi faktor-faktor seperti stres, pemakanan berlemak, ketidak seimbangan hormon dan perubatan boleh menyebabkan keguguran rambut. Apakah penyelesaiannya?
Nutrisi yang perlu diambil: Zat besi, kalsium, zink dan protein Sumber: Ikan, telur, kekacang, makanan laut, sayur-sayuran hijau dan susu Tips lain: Berikan urutan pada kulit kepala selepas membasuhnya antara 5 hingga 10 minit dengan menggunakan produk tonik rambut yang sesuai. |
![]() |
Selulit Ada yang menganggap selulit sebagai musuh no.1 wanita! Selulit dikatakan berpunca daripada masalah hormon iaitu estrogen. Selain hormon, selulit juga merupakan petanda anda mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ini termasuk pengambilan makanan segera yang berlebihan akan hanya menurunkan kadar metabolisme selain menghasilkan lemak di dalam tubuh badan.
Nutrisi yang perlu diambil: Vitamin C, vitamin E, protein, mineral Sumber: Telur, susu, buah-buahan, brokoli, kekacang dan air suam Tips lain: Amalkan senaman yang berkesan seperti senaman kardio tiga kali seminggu juga rehatkan badan dengan urutan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. |
![]() |
Kulit kering Terlalu lama berada di dalam pejabat di bawah kondusi hawa dingin hanya menyebabkan masalah kulit kering. Apabila kulit mengering, kedutan dan garisan-garisan halus akan mula memenuhi seluruh tubuh badan. Selain itu, faktor cuaca yang terlalu panas juga mempercepatkan lagi proses pengeringan pada permukaan kulit. Apakah cara terbaik menanganinya?
Nutrisi yang perlu diambil: Vitamin A, C , E dan F, asid Omega, air Sumber: Sekurang-kurangnya 8 gelas air, buah-buahan, sayur-sayuran hijau, kekacang dan ikan Tips lain: Gunakan pelembap yang bersesuaian, elakkan daripada merokok dan titiskan beberapa titisan minyak zaitun setiap kali mandi. |
![]() |
Kuku kuning dan mudah patah Menggunakan pewarna kuku secara kerap dan mengabaikan langkah penjagaannya menyebabkan permukaan kuku kelihatan kuning dan mudah patah. Kuku kuning juga boleh menjadi simptom penyakit seperti diabetis. Ia juga boleh berpunca daripada proses menopause dimana hormon estrogen semakin berkurangan di dalam tubuh seseorang wanita.
Nutrisi yang perlu diambil: Vitamin C, protein, asid folik, kalsium, Vitamin E, zat besi dan air Sumber: Buah-buahan, ikan, sayur-sayuran hijau, sekurang-kurangnya 8 gelas air dan susu Tips lain: Gunakan base coat sebelum mengaplikasikan pewarna kuku, elakkan daripada merokok dan gunakan pelembap kuku dan tangan untuk mengekalkan kadar kelembapan dan hidrasi. |